loading...

Tuesday, 31 January 2023

Belakang Pentas Mas Idayu Bagi Pesanan Untuk Adik Tokti Dalam Bidang Nyanyian

Walaupun sudah berusaha sebaik yang mungkin, The Siti Sisters, adik-beradik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, gagal bertahan untuk berentap di pentas akhir program realiti, Famili Duo.

Pada separuh akhir yang berlangsung kemarin, mereka yang terdiri dari Siti Saidah Taruddin dan Siti Sairah, hanya berada pada tangga terakhir dengan skor 356.3.

Selesai pertandingan tersebut, juri tetap, Mas Idayu berjumpa dengan peserta duo The Siti Sisters untuk memberi nasihat dan semangat berkenaan dengan persembahan mereka pada minggu tersebut.

Menurutnya, persembahan mereka sangat menarik dan lain pada minggu sebelum sehingga tidak sangka duo tersebut dapat memberi persembahan begitu hebat pada malam itu.

Penyanyi dangdut terkenal turut memberi nasihat untuk mereka berdua.

“Jangan cakap tak boleh buat dan satu lagi bila juri tanya awak puas hati tak lagi, jangan berikan jawapan puas hati tapi bagitau meraka saya telah buat yang terbaik”, ujar Mas Idayu lagi.

Apa pun selamat maju jaya The Siti Sisters, jangan mengalah walaupun kalah dalam FamiliDuo. Teruskan berusaha!

Monday, 30 January 2023

“Dia Dah Tersuka Suami Saya”, – Bella Astilah, Lagi Gangguan Rumah Tangga

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astilah mengesahkan bahawa rumah tangganya kini bertambah sukar disebabkan oleh campur tangan orang ketiga yang didakwa seorang pelakon drama.

Menurut Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella, 28, berkata, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila wanita itu kerap menghubungi suaminya.

Suaminya Aliff Aziz, menerima beberapa panggilan tak terjawab dari nombor yang sama.

Setelah diperiksa, Bella Astilah mengetahui bahawa nombor tersebut milik pelakon terbabit.

Bella juga menghubungi pelakon wanita itu dan menerima panggilan maaf atas apa yang berlaku. Pelakon wanita itu juga mengaku dirinya bodoh dan memang menyukai suaminya.

Namun, wanita tersebut tidak berhenti-henti menghubungi Bella menerusi WhatsApp dan Direct Message serta meminta untuk berkawan dengan Bella.

Bella mengakui dia sudah berbincang dengan Aliff mengenai hal ini dan Aliff juga sudah mengakuinya.

Kini, Aliff sedang terbabit penggambaraan bersama pelakon wanita tersebut, namun Aliff membenarkan Bella untuk datang menemani jika ada kelapangan.

Bella juga tidak mahu berulang masalah seperti sebelumnya dan menyayangi rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Bella meraih perhatian ramai apabila memuat naik ayat petikan dan gambar mengenai perempuan yang suka mendekati suami orang.

Thursday, 26 January 2023

Suami YB Izzah Anwar Buka Cerita Tentang Kandungan Mereka Yang Gugur

Dua hari lepas, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram yang memaklumkan beliau mengalami keguguran.

Cerita ini menjadi tajuk utama di kebanyakan portal berita sehinggakan suami Izzah, Yin Shao Loong tampil bersuara memberitahu mengapa isterinya berkongsi kisah sedih ini pada orang ramai.

Menurut ciapan akaun twitter milik Yin Shao Loong, isterinya merasakan semua orang patut menyuarakan penderitaan yang pernah di alami bagi sesetengah wanita.

Di tempat kerja, Izzah berterus-terang tentang kegugurannya kerana untuk menghadapi ujian ini, memang beri impak sangat hebat pada mental dan fizikal terutama bagi wanita bekerjaya.

“Izzah sangat tabah dan kuat sebab sejurus mendapat berita kehilangan kandungannya, dia terus sambung dengan panggilan menerusi Zoom,” tulisnya.

Dia turut meluahkan yang sedikit sebanyak, dia juga perlu menerima kenyataan dengan ujian yang dihadapinya ini.

Dia juga percaya pasti ada sesetengah individu tiak faham tentang keperitan kehilangan anak yang dikandung.

“Sekurang-kurangnya saya tahu yang saya dan isteri saya sama-sama kuat untuk terima kehilangan ini,” luahnya lagi.

Apa pun, kami doakan YB Izzah dan suami satu hari berjaya menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Tuesday, 24 January 2023

‘Keluarga’ Kuda Terbiar, Kini Berjaya Diselamatkan

Hantaran ciapan twitter milik akaun @BarnAndBrxfast pada pagi Isnin lepas telah menjadi bualan netizen.

Ciapan tersebut menunjukkan tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor.

Dia turut meluahkan rasa kasihan pada tiga ekor tersebut kerana pemilik haiwan peliharaan tidak memberi penjagaan yang sebaiknya.

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu kepada pemilik kuda yang lain supaya tidak membela kuda hanya kerana ingin menunjuk.

Tweet tersebut menjadi viral sehingga sampai ke pengetahuan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori.

Berikutan itu, beliau telah bertindak dengan menyelamatkan semua kuda yang terbiar untuk dibawa tempat lebih selamat supaya tidak membahayakan orang awam dan haiwan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat satu komen yang mengatakan kuda-kuda tersebut sebenarnya suda lama berkeliaran di kawasan tersebut.

Malah, bukan kuda saja tapi terdapat beberapa ekor lembu juga kelihatan berkeliaran dia sekitar kawasan tersebut.

Menurut akhbar online, Kosmo! DSP Nurhidayah Damanhoori di dalam satu hantarannya memuat naik satu hantaran yang berbunyi,

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” tulisnya.

Lega rasanya bila tahu kuda tu semua dalam keadaan selamat. Harap sihat la lepas ni, tak kurus je.

Friday, 20 January 2023

Digelar Penyondol Apabila Bergambar Dengan MK, Ini Jawapan Putri Sarah Liyana

Seperti kita semua tahu hubungan antara pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana (PSL) dan pengarah hebat, Syamsul Yusof sedang berlaku keretakan rumah tangga.

Malah, baru-baru ini PSL sudah pun bertekad untuk memfailkan penceraian selepas mengambil kira segala sudut pandang.

Tapi itu bukan menjadi isu utama dalam artikel kali ini, apa yang menarik perhatian kami adalah posting Puteri Sarah menerusi laman akaun Instagram miliknya

Posting tersebut menunjukkan dia berswafoto bersama penyanyi rap terkenal, MK K-Clique di konsert penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan malam semalam.

Berikutan itu ruangan komen dihujani pelbagai komen dan reaksi dari netizen.

Ada yang mengatakan PSL perlu menjaga batas kerana masih lagi isteri orang dan ada yang percayakan PSL yang tahu batas pergaulan.

Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila ada yang mengatakan PSL penyondol boyfriend orang.

Berikutan itu, PSL membidas komen netizen tersebut dengan mengatakan seorang penyondol tak tunjuk di khalayak orang ramai.

Malah dia turut menjelaskan situasi dalam gambar tersebut dimana ketika itu bukan hanya dia dan MK saja tapi ada ibu dan PA dan manager.

Apa pun, rumah tanga orang tak perulah masuk campur dan apa yang dimuat naik oleh PSL di media sosial, janganlah terlalu cepat untuk kita menghukum.

Bukan PSL saja tapi orang lain pun, bukan apa takut-takut nanti timbul fitnah dan mengeruhkan lagi keadaan.

Thursday, 19 January 2023

Lepas Bermalam Dengan Kekasih, Si Ibu Tekup Muka Bayi Sampai Mati

Cubaan seorang wanita menipu pihak berkuasa dengan mengatakan anak kandungnya berusia setahun tidak sedar diri kerana terjatuh dari sofa di rumah, gagal.

Perbuatan tersebut berjaya dibau apabila hasil pemeriksaan awal dari pihak doktor yang mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan oleh penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami terima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad selepas kanak-kanak malang berkenaan meninggal dunia setelah tiga hari menerima rawatan.

Sejurus terima laporan, kami cuba menghubungi kembali ibu mangsa tapi gagal dan malangnya wanita itu juga tiada di alamat kediaman yang diberikan, ” jelasnya.

Beliau menambah lagi, dari hasil maklumat risikan, polis berjaya menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek bersama suaminya sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari.

Apabila disiasat, suspek menekup dan mencekik anaknya yang sedang tidur selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.

Suspek mengakui perbuatan itu kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.

“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.

Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.

“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun teman lelaki suspek yang merupakan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.

Wednesday, 18 January 2023

“Tiada Bayaran Tol,” – PMX

Sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma.

Perkhidmatan tol percuma ini sah kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini pada 20 dan 21 Januari ini.

Inisiatif ini diambil kerana bagi memudahkan seluruh rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain.

“Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Anthony Loke sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari,” katanya.

Dalam pengumumanya itu juga beliau turut menitipkan pesanan agar mereka yang pulang bercuti supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan.

So guys, selamat menyambut tahun baru cina!

loading...