By Root of Medicine -Hom
CherCiteAnak Cirit-birit dalmLntah-muntah. A
Encik Azman mempunyai seorang anak yang baru sahaja berumur 9 bulan. Pada umurnya yang sebegitu, anaknya mampu maju ke hadapan dengan menendang-nendang lantai, duduk tanpa ‘support’ dan beberapa lagi perkara yang mampu dibuat sama seperti kanak-kanak yang seumur dengannya. Pada umur sebegini, bayi seringkali memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya. Perbuatan ini dinamakan sebagai ‘mouthing’.

Hinggalah sampai suatu hari sebelum umur anaknya mencecah 10 bulan, anaknya itu menghidapi masalah muntah-muntah dan cirit birit. Disebabkan ianya terlalu kerap, En Azman pun membawa anaknya itu pergi klinik untuk mendapatkan sedikit nasihat doktor dan juga ubat-ubatan jika ada.
“Assalamualaikum Doktor”, Kata En Azman kepada Doktor Yaakob
“Waalaikumsalam. Sila duduk encik”, Balas Doktor Yaakob sambal mempersilakan bapa tersebut untuk duduk
“ Doktor, anak saya ini ada muntah-muntah dan cirit birit la. Sejak daripada semalam. Lebih banyak kepada cirit birit daripada muntah. Harini ada cirit sahaja”, En Azman menerangkan berkenaan anaknya yang tidak sihat itu.
“Ok. Anak awak banyak minum air tak?”, soal Dr Yaakob
“Dia kurang minum air macam biasa doktor. Lebih banyak menepek dan menyusu dengan ibunya sahaja. Makan pun tak nak. Bila menyusu je cirit. Menyusu je cirit. Risau pulak kalau dia kekeringan”, Terang En Azman lagi
Dr Yaakob pun cuba memeriksa anaknya itu. Bayi itu nampak sedikit ketakutan dan tidak selesa apabila Doktor Yaakob pergi mendekatinya. Ini respons biasa bagi bayi berumur 10 bulan dan ianya dipanggil sebagai ‘stranger anxiety’. Seperti biasa Doktor Yaakob akan cuba mengeluarkan bunyi pelik daripada mulutnya untuk menarik perhatian bayi tersebut. Pandangan dan pendengaran bayi itu lebih tertumpu kepada mulut Dr Yaakob dek kerana suara yang tidak pernah didengari. Doktor Yaakob pun mengambil peluang tersebut untuk memeriksa bayi itu.

Bermula dengan tangan bayi. Ianya terasa panas seperti kanak2 biasa. ‘Capilary refill time’ pula kurang daripada 2 saat. Denyutan nadi pula kuat dan kadarnya adalah seperti biasa. Dr Yaakob terus memegang kepala bayi itu untuk memeriksa ubun-ubunnya. Ianya normal dan tidak ke tenggelam. Perut bayi tersebut pula tidak besar dan bayi pun tidak memberikan apa2 respon yang tidak menyenangkan apabila Doktor Yaakob memeriksa perutnya. Ketegangan kulit perut adalah seperti biasa.
“En Azman, jgn risau. Daripada pemeriksaan saya, anak Encik tidak kekeringan. Nasihat saya adalah beri sahaja susu badan ataupun air kepada anak encik. Jangan risau jika dia tidak makan dengan sepenuhnya 2 ke 3 hari ini. Yang paling penting adalah hidrasi. Anak encik perlu minum air yang banyak”, Terang Dr Yaakob
“Tapi doktor, apabila dia menyusu je cirit. Tak bahaya ke? Seolah-olah bila kita bagi menyusu je membuatkan cirit itu lebih teruk” Tanya En Azman
“Itu adalah normal reflex apabila sesorang mengambil makanan. Ianya dinamakan sebagai Gastro-colic reflex. Disebabkan sekarang dia ada cirit-birit, maka transit makanan dalam ususnya menjadi cepat. Yang keluar sebagai cirit itu bukanlah susu yang baru dia minum. Tetapi susu yang dia minum beberapa jam sebelum ini. Jadi, jangan risau ye Encik. Saya akan berikan oral rehydration salt(ORS) sahaja untuk anak awak ya. Bila dia cirit sahaja, awak bagi ORS tu”, terang Dr Yaakob.

“Ok doktor. Soalan terakhir doktor. Selalunya apa yang menyebabkan cirit-birit doktor dan takde ubat2 lain ke untuk mengurangkan cirit birit dan muntah2 anak saya ini”, En Azman menanyakan soalan dengan penuh keinginan untuk tahu.
“Selalunya cirit birit ini disebabkan jangkitan virus biasa sahaja seperti enterovirus dan sebagainya. Tidak perlukan antibiotik. Kebanyakkannya akan baik dengan sendiri lepas beberapa hari. Encik tidak perlu risau kalau dia dapat menyusu ataupun minum air mcm biasa. Tapi kalau menyusu ataupun minum air pun dia tak nak, lebih baik encik bawak je anak encik ke klinik ataupun hospital. Lagi satu, kebanyakkan budak umur sebegini mereka suka masukkan barang2 ke dalam mulut. Itu mungkin salah satu punca kenapa anak encik mendapat muntah2 dan juga cirit birit. Ubat-ubatan lain seperti ubat tahan muntah dan ubat kurangkan cirit pula tidak dibuktikan berkesan pada bayi kurang setahun” Jelas Dr Yaakob
En Azman puas hati dengan penjelasan yang telah diberikan. Dia pun balik dan menjaga anaknya. Selang 2 hari, simptom2 tersebut telah pun hilang dan anaknya sudah aktif seperti biasa
MUNTAH DAN CIRIT BIRIT PADA KANAK-KANAK
Masalah muntah2 dan cirit birit ini selalu dialami oleh kanak2 yang berusia 6 hingga 12 bulan. Ini disebabkan perkembangan sosial dan motor kanak2 itu dimana mereka ada satu tabiat untuk memasukkan ke dalam mulut barangan yang dia pegang. Jika barangan tersebut mempunyai kuman yang boleh menyebabkan cirit birit, maka kanak2 itu mungkin akan mengalami masalah seperti itu. Disini kami ingin berkongsi sedikit penerangan berkenaan kanak-kanak yang mempunyai cirit birit
- Kebanyakkan organisma yang menyebabkan cirit-birit adalah jenis virus dan kebanyakkannya juga akan baik dengan sendiri(self-limiting) tanpa perlu diberi antibiotic
- Anti emetics(ubat untuk mengurangkan muntah) seperti Metoclopramide telah terbukti tidak mengurang symptom muntah2 pada budak kurang daripada 18 bulan
- Anti diarrheal(ubat untuk mengurangkan cirit birit) seperti lomotil dan juga loperamide tidak sepatutnya diberi pada kanak2 kurang daripada 2 tahun
- Treatment yang paling efektif dirumah adalah pemberian air ataupun susu dan juga Oral rehydration salt(ORS). Jika pesakit masih lagi muntah2 selepas minum, ibubapa dinasihati untuk membawa bayi anda ke hospital ataupun klinik
- Jika bayi anda cirit birit berdarah, wajib untuk dibawa ke klinik ataupun hospital. Kemungkinan besar ada jangkitan bakteria dan selalunya pengamal perubatan akan memberi antibiotik untuk diberi kepada pesakit.

0 comments:
Post a Comment