Wanita mulia itu duduk di hadapan saya dengan wajah ceria dan seronok. Penat di wajahnya juga kelihatan dalam senyumannya itu. Aku perhatikan dengan sepenuh perhatian ketika itu.
Eh, nak tahu cerita tak hari ini umi dapat apa?
Wuu, umi dapat apa?
Hari ini umi dapat risalah mengenai hebahan derma ke Palestin di sekolah. Umi pun hubungi orang yang berkaitan dalam risalah berkenaan daripada organisasi besar XXXXX. Umi pun pejam mata bagi RM1,000 melalui bank.
Aku mengangguk.
Lepas tu, apabila umi balik ke sekolah, umi mendapat satu penggilan. Rupa-rupanya penyewa rumah di Muar hubungi umi. Dia kata dia nak jumpa umi. Tak sangka dia bayar sewa rumah tertunggak selama 3 bulan kepada umi pada hari itu juga sambil minta maaf kerana terlewat bayar. RM1,000 umi dapat balik. Allah…
Aku mengangguk lagi.
Betullah Allah kata, Allah akan mengganjari apa yang kita bagi pada orang lain. Allah tak hilangkan rezeki kita kalau memberi. Umi rasa bertuah sangat. Akhiri umi dengan ungkapan syukur. Alhamdulillah.
Betul. What you give you get back. Allah akan menambah rezeki apabila kita memberi. Mungkin rezeki yang Allah nak bagi itu bukan dalam bentuk wang ringgit atau harta. Mungkin rezeki yang Allah balas balik itu dalam bentuk kesihatan, anak-anak yang soleh solehah, adik-beradik yang saling tidak berkira dan mungkin Allah mudahkan kita menjawab soalan peperiksaan sekiranya kita masih bergelar pelajar di intitusi pendidikan. Kisah benar ibu aku yang kini bertugas di salah sebuah MRSM sebagai guru senior.
0 comments:
Post a Comment