Geng Samseng Ungu Kawal Peserta Bersih 5?
Published on Nov 19, 2016in Politik/Utama & Sensasi
BUKAN sahaja ingkar arahan dengan pihak polis, penganjur perhimpunan haram Bersih 5 turut menggunakan pasukan keselamatan sendiri yang berpakaian jaket yang berwarna ungu.
Kelibat mereka jelas dapat disaksikan mengawal pergerakan peserta Baju Kuning dan tinjauan mendapati kumpulan tersebut mirip Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang disahkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
PPS yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang pada 2008 selepas pentadbiran Barisan Nasional negeri itu tumbang kepada pembangkang, juga suatu ketika terkenal dengan banyak berita kontroversi.
Selain ada banyak kes anggota PPS terlibat dengan kegiatan jenayah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan penglibatan aktif ahli kongsi gelap dalam pasukan sukaralewan tersebut.
Namun, meskipun pernah mencipta banyak cerita buruk, kehadiran geng baju ungu itu yang diharamkan KDN mencetuskan tanda tanya apakah penganjur Bersih semakin biadap tidak menghormati undang-undang negara!
Hakikatnya, pihak penganjur perhimpunan tanpa permit itu sedar Bersih 5 diboikot PAS apabila enggan mengerah Jabatan Amal parti itu untuk mengawal keadaan sebagai mana demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 suatu ketika dahulu.
Buktinya Bersih 4 pada tahun lalu mendapat sambutan hambar dan sebagai balas dendam, peserta yang majoritinya etnik Cina penyokong totok DAP bertindak kurang ajar pijak potret Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Justeru, penganjur Bersih kali ini terpaksa upah pula pasukan baju ungu kerana sedar, himpunan haram itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, pihak polis sebenarnya boleh menahan mereka sendiri. Mynewshub.cc/HAA
Tags: BERSIH 5
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 19, 2016
Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan
PETALING JAYA Seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Hishammuddin Rais telah ditahan. Aktivis itu ditahan
Nov 19, 2016
Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah
KUALA LUMPUR Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan
Nov 19, 2016
Bersih 5: Menanti Gelagat Merah Lawan Kuning
DATARAN Merdeka sekali lagi menjadi tumpuan. Pun begitu lokasi yang menjadi simbol kemerdekaan negara itu tidak
Post navigation
Previous Story Previous post: Bersih 5: Hishammudin Rais DitahanNext Story Next post: Alibaba Contoh Terbaik Peranan Internet Dalam Dunia Digital
Terkini dari Politik
Nov 19, 2016
Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah
KUALA LUMPUR Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih Nov 19, 2016
14 Ditahan Polis Menjelang Demo Haram Bersih 5
KUALA LUMPUR Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran dengan menahan pemimpin aktivis Nov 18, 2016
Anggota GAUM Sertai Perhimpunan Anti-Bersih Esok
KOTA KINABALU Gerakan Akarumbi UMNO Malaysia (GAUM) menghantar 3,000 anggotanya untuk Nov 18, 2016
PAU 2016: Negeri Sembilan Fokus Isu Pendidikan
SEREMBAN Agenda pendidikan merupakan antara isu utama yang akan dibangkitkan UMNO Nov 18, 2016
Skandal Rumah Mewah: Adam Rosly Enggan Dedah Niaga Apa
BERIKUTAN pendedahan kontroversi kemewahannya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang,
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment