PAU 2016: Medan Paling Serius Bincang Kejayaan & Kelemahan Parti
Published on Nov 18, 2016in Politik/Terkini
KOTA BHARU Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi medan paling serius untuk membincangkan kejayaan dan kelemahan parti dalam menjaga rakyat.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata inilah masa paling sesuai untuk perwakilan menyuarakan mesej dari rakyat yang berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa manakala pemimpin pula mendengar untuk diambil tindakan sebaik mungkin.
Inilah waktunya kita berhadap dengan pemimpin dan pemimpin mendengar denyut nadi rakyat, jika kita tak sampaikan di situ, mesej tak akan sampai, menteri sibuk dengan Kabinet, sibuk dengan kerja negara dan pemimpin kita sangat sibuk kadang-kadang boleh lupa dengan tugas sebenar yang sangat penting iaitu menjaga rakyat, katanya kepada Bernama di sini.
Md Alwi, 60, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, telah lebih 10 kali menjadi jurucakap UMNO Kelantan pada perhimpunan tersebut sejak 1991 membabitkan tiga era presiden parti iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menasihati mereka yang dilantik sebagai jurucakap supaya bercakap berterus terang berkaitan kehendak rakyat kepada pemimpin tanpa menghina pemimpin terbabit.
Beritahu mereka (pemimpin) perkara sebenar apa yang rakyat rasa, apa yang kita di bawah rasa seperti himpitan kepada perbelanjaan yang agak tinggirakyat mampu atau tidak, kerana kita mahu pemimpin mengubah keadaan supaya rasa tidak senang itu, menjadi senang, katanya.
Md Alwi berkata perhimpunan tahunan itu juga akan menjadi wadah untuk berkongsi pelbagai kejayaan hasil perjuangan parti dan inisiatif kerajaan dalam mengangkat kehidupan rakyat di seluruh negara.
Katanya perhimpunan kali ini akan turut menumpukan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 termasuk usaha mengukuhkan perpaduan parti dan strategi menarik sokongan pengundi kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau percaya UMNO akan menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon pilihan raya tersebut adalah muka baharu dengan imej baharu, bersih dan disenangi rakyat.
Ditanya usul yang akan dibawa UMNO Kelantan pada perhimpunan tersebut, Md Alwi berkata ia melibatkan tujuh resolusi yang dibuat pada Konvensyan UMNO Kelantan pada bulan lepas.
Tujuh resolusi merangkumi pengukuhan solidariti, akur kepada keputusan pimpinan dan setia kepada perjuangan parti, cakna rakyat serta melaksanakan rejuvenasi atau pengislahan UMNO.
Yang lain ialah memperkukuh jentera parti khususnya di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), mendekati golongan muda dan membawa agenda pembangunan lestari dalam menerokai sumber asli tanpa menggadai nilai-nilai Islam.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir. BERNAMA
Tags: PAU 2016UMNO
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 15, 2016
Elak Sindrom Lawak Dalam Perhimpunan Agung UMNO
IPOH Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini mungkin yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum
Nov 14, 2016
Tiada Keperluan Tubuh BPS Di P.Pinang Zainal Abidin
BUTTERWORTH Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini mempersoalkan penubuhan Badan Pasukan Sukarela (BPS) oleh
Nov 11, 2016
PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah UMNO Hishammuddin
JOHOR BAHRU Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit dalam sejarah UMNO
Post navigation
Previous Story Previous post: Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Arab Saudi
Terkini dari Politik
Nov 17, 2016
PAS Nasihat Agar Tidak Terkeliru Kerana Mahathir
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta golongan muda supaya Nov 17, 2016
Nik Abduh Sindir Penyokong Tun M Dedak & Sejadah
KUALA LUMPUR Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nov 17, 2016
Surat Hantu Jambatan Buat LGE Gemparkan Penduduk
GEORGE TOWN Sekeping nota didakwa ditulis oleh hantu jambatan telah menggemparkan Nov 17, 2016
Tun M Sah Enggan Sertai Demo Haram Bersih 5
PUTRAJAYA Ibarat lagu popular band Kerispatih dari Indonesia, Tapi Bukan Aku, Nov 17, 2016
Akur Arahan Jangan Adakan Perhimpunan, Nasihat Ismail Sabri
PUTRAJAYA Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah diminta akur
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment