loading...

Friday, 11 November 2016

Sayu Vokalis Lefthanded meninggal dunia serangan jantung pagi tadi 4Gambar

Syed%2BAzlan%2BSyed%2BAbu%2BBakar%2B1.jp

Seremban : Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar (Arab) penyanyi + komposer dan pernah popular dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru ~ Arab & Aidit) n pernah menjdi vokalis kumpulan Lefthanded (album Nafas) telah kembali ke rahmatullah jam 5.30 pagi tadi…akan dikebumikan di Labis.


Mengikut Portal Mstar Online Arab menghembus nafas terkahir diPusat Perubatan Colombia, Seremban akibat serangan jantung.

Anak saudaranya, Syed Azman memberitahu Allahyarham Arab atau nama sebenarnya Syed Azlan Syed Abu Bakar, 50, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Syed%2BAzlan%2BSyed%2BAbu%2BBakar%2B2.jp
Wajah Kini
Syed%2BAzlan%2BSyed%2BAbu%2BBakar.jpg
wajah dulu

“Allahyarham diserang penyakit jantung ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Johor. Dia yang ketika itu bersama seorang rakan dibawa ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Colombia, dia sudah menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, berita tersebut turut mengejutkan ahli keluarga yang lain berikutan Allahyarham tidak pernah mengalami dan memberitahu tentang penyakit itu.

Jenazah Allahyarham dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.

“Kami terkejut menerima berita itu kerana sebelum ini dia hanya sakit-sakit biasa sahaja. Dia juga tidak pernah buat pemeriksaan doktor tentang kesihatannya,” ujarnya.

Katanya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Labis, Johor untuk urusan pengebumian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Marina Abdul Manap dan tiga orang anak.

Kumpulan Arab & Aidit pernah popular sekitar tahun 2005 dengan laguBila Bulan Berwarna Biru.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...