loading...

Saturday, 31 December 2016

Akhirnya Dua Pengikut Ajaran Sesat Dihukum Gantung Sampai Mati

Akhirnya Dua Pengikut Ajaran Sesat Dihukum Gantung Sampai Mati|Dua pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 2013.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39.

Tertuduh lain iaitu ketua ajaran berkenaan, Harun Mat Saat, 50; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33,yang merupakan bekas pensyarah Kolej Universiti Tati, Kemaman, Terengganu memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mula mengenali dan seterusnya berkahwin dengan Harun sekitar 2011.

Sementara pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan Jefferi Safar, 39, dilepas serta dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan mereka berkonspirasi melakukan perbuatan tersebut.

Harun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada 16 Ogos lalu.

Sumber : penhijaudaun

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Aplikasi Khusus Sempena Tahun Melawat Pahang 2017

BENTONG – Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan aplikasi Visit Pahang Malaysia bagi memudahkan pelancong mendapat maklumat dan penerangan destinasi pelancongan popular sempena Tahun Melawat Pahang (TMP2017). Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar berkata aplikasi itu dibangunkan syarikat swasta dan boleh dimuat turut secara percuma di App Store bagi pengguna telefon bimbit Apple atau Google Play…

Tikus tu Gila Makan habis Lidah Mata Jari dengan Tangan Budak tu

Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B2.27.1Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B2.27.1

video%2Bfake.gif

loading…

Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini

Nak Jana Income Melalui Online?Klik Sini

Cari Sumber Bacaan & Info Menarik?Klik Sini

Sumber: gosipduniakini

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Video Insiden Bunga Api Pandamaran10 Orang Melecur

Video Insiden Bunga Api Pandamaran10 Orang Melecur|Sebanyak 10 individu melecur akibat terkena letupan bunga api di kawasan Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam ini.

Difahamkan, kesemua mangsa sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baharu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.10 tengah malam dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi terdapat tujuh mangsa melecur ringan di kaki dan tiga lagi agak parah.

Tujuh yang cedera ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, katanya

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Kisah Seram Keajaiban Mayat Wanita Hidup Semula

Kisah Seram :Keajaiban Mayat Wanita Hidup Semula|Aku menyewa sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan terkenal di sebuah bandar. Harganya boleh tahan mahal tapi sesuai dengan keadaan biliknya yang sangat selesa. Sudah 3 hari aku disini. Dan dalam 3 hari tu jugalah aku sering terdengar bunyi seperti orang sedang bertukang di bilik sebelah. Setiap malam mulai pukul 1 pagi hingga pukul 4 pagi.

Aku dah fikir lain masa tu. Ye la, sapa pulak yang rajin bertukang malam-malam buta kan? Semua orang sedang enak tidur. Malam waktu untuk berehat.

Malam ke-4 aku disitu, bunyi itu masih lagi kedengaran. Kali ini dia menggergaji pula. Entah apa yang digergajinya sampai 3 jam? Jangan roboh rumah tumpangan ni sudah!

Keesokannya, aku bertanyakan kepada tuan punya rumah tumpangan ini tentang bilik di sebelah bilik yang aku sewa tu. Katanya, bilik tu dah lama terbiar kosong. Aku terkejut apabila diberitahu yang di bilik itu dulu pernah berlaku kejadian bunuh diri. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan bekerja sebagai tukang rumah. Aku tidak diberitahu pula kenapa dia bunuh diri.

Malam ke-5, aku beranikan diri menghampiri bilik sebelah.waktu itu sudah pukul 12:55 malam. Tepat pukul 1 pagi, bunyi bertukang mula kedengaran. Aku mengamati bunyi tersebut. Bunyi orang sedang menggaul simen dengan penyodok jelas kedengaran. Aku cuba mengintai melalui lubang kunci pada pintu.

Dalam suasana yang samar-samar, aku dapat melihat bayang seseorang sedang bekerja di dalam bilik itu. Aku perhatikan je pergerakan dia. Aku rasa aku pernah lihat dia ni sebelum ini tapi aku tak ingat kat mana dan bila.

Tiba-tiba dia menoleh ke arah aku! Aku terkedu. Jelas pada pandangan aku matanya bertukar merah. Aku cuba untuk lari dari terus mengintai disitu tetapi badan aku langsung tak dapat bergerak! Apa dah jadi? Aku bingung dan takut dalam masa yang sama.

Hantu tukang itu tiba-tiba melayang deras ke arah aku! Aku tersentak lalu jatuh terduduk!
Aku memegang kepala yang sakit akibat terhentak pada lantai. Kemudian, dengan perlahan aku memandang kearah bilik tadi. Pintu bilik itu sudah ternganga luas.

Kini aku dapat lihat dengan jelas hantu tukang itu sedang melakukan kerjanya. Aku memandangnya tak berkelip! Lelaki itu aku lihat dalam bentuk sempurna. Bukan seperti yang aku bayangkan. Dah nama pun hantu kan, mesti lah buruk rupanya!

Tanpa sedar aku dah melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menghampiri lelaki hantu tukang itu. Tiba-tiba pintu bilik tertutup sendiri dengan kuatnya. Terkejut aku dibuatnya!

Lelaki itu masih leka dengan kerjanya. Aku memerhatikan keadaan dalam bilik itu. Bau hapak dan tengik memenuhi ruang.
Kau nak tolong aku ke?

Aku pantas menoleh ke arah lelaki itu yang sudah merenung tajam ke arah aku. Aku menelan liur.
Errtak
Kalau tak nak tolong, keluar dari sini! tengking lelaki.
Terangkat bahu aku dibuatnya! Gila betul! Aku masih berdiri disitu memerhatikannya.

Lelaki hantu tukang itu tiba-tiba menghempas penyodok ke lantai lalu menerkam ke arah aku. Aku terkejut! Belum sempat aku berbuat apa-apa, aku rasa tubuhku ringan melayang-layang di udara dan melekat di siling bilik yang kusam itu. Seketika kemudian, aku langsung tak sedarkan diri.

Sayup-sayup aku dapat mendengar suara orang ramai sedang membaca sesuatu. Semakin lama semakin jelas kedengaran. Aku cuba menggerakkan badan tetapi gagal. Aku rasa terhimpit. Aku lemas kerana ada sesuatu tersumbat dalam kedua-dua lubang hidung.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Orang ramai kelihatan mengelilingi aku termasuk keluarga aku. Aku lihat mereka membaca sesuatu. Aku kenal buku itu! Pantas aku melihat sekujur tubuhku. Aku sedang berselimut putih Tidak! Aku tak mati lagi! Aku banyak dosa!

Aku berusaha bangkit. Setelah berjaya, aku memerhatikan mereka. Demi melihat aku bangun semula, kesemua mereka bertempiaran lari keluar dari rumah sambil terpekik terlolong!
Mayat hidup balik!!! Mayat hidup balik!!!
Tak guna betul!
Termasuk keluarga aku sekali. Buku Yaasin dicampak begitu saja. Haih..boleh pulak diorang main campak je Yaasin tu?!

Macam mana boleh jadi macam ni? ujar Ariq, kawan baik aku.
Macam ni macam mana?
Ye la, kau patutnya dah mati! Doktor dah sahkan tiada lagi denyutan jantung kau! Keadaan kau juga mengerikan! cerita Ariq.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Sebenarnya kereta yang kau pandu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Kau tersepit di dalam kereta sebelum kereta dengan kau sekali dijilat api!

Aku terlopong mendengar cerita Ariq. Biar betul ni? Bila masa pulak aku jatuh gaung?
Tapiaku okey je ni?

Tu lah yang aku pelik sekarang ni, tengok keadaan kau langsung tak ada kesan cedera atau terbakar, ujar Ariq.
Dah la. Lupakan semua tu. Mungkin Allah masih bagi peluang untuk aku bertaubat. Aku memang banyak dosa, kataku sebak.

Emmsekarang kau dah jadi terkenal tau. Semua surat khabar dan berita kat radio dan tv siarkan kisah kau.. KEAJAIBAN! MAYAT HIDUP SEMULA! tanpa sebarang kesan kecederaan
Aku cuma tersenyum.
Ya,
Ini memang satu keajaiban.
Tapi Apa kaitan kereta aku jatuh gaung dengan hantu tukang dan rumah tumpangan?

2 minggu kemudian ..
Aku dan Ariq meninjau tempat kejadian dimana aku dikatakan maut jatuh gaung dan keretaku terbakar. Tempat tu agak jauh dari tempat tinggal aku dan agak ke pedalaman.

Aku memandang sekeliling. Kiri-kanan jalan merupakan hutan yang agak tebal.
kat situ lah kau jatuh, kemudian kereta kau meletup lepas hentam batang pokok, kata Ariq sambil menunjukkan ke satu tempat.
Aku melihat tempat yang ditunjukkan itu. Memang ada kesan terbakar pada rumput di situ. Tapi Kenapa aku tak ingat langsung?
Kau okey ke? tanya Ariq bila melihat aku hanya diam membisu.

Akuaku tak ingat langsung la pasal kejadian ni, ujarku. Ariq mengeluh mendengar kata-kataku itu.
Aku cuba mengingati semula apa yang berlaku semasa aku melalui laluan ini pada malam itu Ahaa! Aku dah ingat! Masa aku lalu kat satu selekoh, ada seorang lelaki berpakaian buruk berdiri di tepi jalan.

Kemudian lelaki itu tiba-tiba melintas di depan kereta aku. Aku yang terkejut lantas mengelak dan menekan brek kecemasan. Tapi Aku memang yakin yang aku tak terbabas masuk ke dalam gaung! Lepas tu aku singgah bermalam di rumah tumpangan tu. Lelaki tu pulak entah ke mana aku pun tak tahu. Tak kan masuk hutan pula?

Aku mengajak Ariq singgah ke rumah tumpangan yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. Rumah itu pernah menjadi tempat penginapanku selama 5 hari. Aku menemui Mak Cik Ani, pemilik rumah sewa itu. Rumah Mak Cik Ani hanya terletak di belakang rumah tumpangan itu.

Aku menceritakan kejadian yang menimpa diriku 2 minggu yang lalu. Ariq pula menceritakan tentang kejadian kemalangan melibatkan aku di kawasan berhampiran rumah itu.

Mak Cik Ani terdiam selepas aku dan Ariq selesai bercerita. Dia merenung kosong ke arah jalan yang boleh dilihat dari tempat kami bersantai di kerusi batu depan rumah Mak Cik Ani.

Kejadian ni bukan kali pertama berlaku, kata Mak Cik Ani. Aku dan Ariq berpendangan. Mak Cik Ani meneruskan ceritanya pula.
2 tahun dulu kejadian yang sama seperti ini pernah berlaku. Seorang pemuda bersama seorang gadis datang ke rumah mak cik bertanyakan bilik sewa. Keesokkannya dia menceritakan kejadian dimana dia hampir melanggar seseorang di tengah jalan berhampiran selekoh.

Dua hari lepas tu, mereka mengadu pula tentang bunyi ganjil seperti orang bertukang di bilik sebelah tempat mereka menginap. Mak cik pun ceritalah tentang kejadian bunuh diri di bilik tu. Mak cik sendiri pernah dengar. Dari beranda rumah mak cik ni, mak cik pernah melihat bilik itu terang benderang bermula pukul 1 pagi. Masa tu hujan lebat. Bilik itu akan terang hanya pada malam khamis. Bunyi-bunyi tu pula kedengaran hampir setiap malam.

Beberpa hari kemudian, pasangan itu didapati hilang. Mak cik tak tahu mereka kemana. Sampai sekarang mereka tak ditemui. Semua barang peribadi mereka ada di dalam bilik. Kereta pemuda itu keluarganya sudah bawak balik selepas polis selesai buat siasatan, Mak Cik Ani menamatkan ceritanya.

Sekarang mak cik dah tutup rumah sewa ni, kata Mak Cik Ani.
Oh, patutlah sunyi je tempat ni. Err. Mak Cik tak takut ke duduk kat sini? tanya Ariq.
Mak cik dah biasa. Anak lelaki mak cik ada temankan mak cik, Mak Cik Ani tersenyum kecil namun kelihatan sinis pada pandangan Aku dan Ariq. Ah! Abaikan!

Aku meminta diri untuk pulang. Masa berjalan ke arah kereta, aku memandang sekilas kearah bilik yang berhantu itu. Aku terkejut bila melihat seseorang sedang mengintai melaui tingkap yang berjeriji besi itu! Pandangannya satu memerhatikan aku.Nur Azyyati Kraslf

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pada Awal Januari 2017

o090-1.png

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Pada Awal Januari 2017|Permohonan CUEPACS yang meminta kerajaan memberi bonus sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan atau penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2017 (Belanjawan Malaysia) tidak diluluskan.

Bagaimanapun, bagi meringankan bebanan kos sara hidup, kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250 .

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pemberian khas itu juga dianggap sebagai bonus, memandangkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stress dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.

Sementara, dalam pembentangan Bajet 2017, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan iaitu seperti berikut .

Intipati Bajet 2017 Inisiatif Kepada Penjawat Awam.

Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana.

Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000

-Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000

-Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000

Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi

-Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar

-Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016

-Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak .

Tarikh Bayaran Bonus (Bayaran Khas) Kakitangan Awam 2017
Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima pemberian khas sebanyak RM500 dan RM250 pada hari Selasa, 3 Januari 2017.

Maklumat lanjut dan lengkap boleh di dapati dengan membaca pekeliling yang telah dikeluarkan menerusi judul pautan sumber sebagai berikut:Surat Pekeliling Perkhidmatan Pembayaran Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

6 tabiat di bilik tidur yang perlahanlahan boleh membunuh perkahwinan anda

6 tabiat di bilik tidur yang perlahan-lahan boleh membunuh perkahwinan anda|Kekurangan keintiman atau berhubungan bukanlah satu-satunya masalah yang pasangan hadapi di dalam bilik tidur.

Selalunya, masa sebelum kita tidur adalah satu-satunya masa tanpa gangguan yang kita boleh dapatkan untuk bersama dengan pasangan, terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa.

Dr. Marcia Naomi Berger, ahli terapi dan pengarang Marriage Meetings for Lasting Love: 30 Minutes to the Relationship Youve Always Wanted, mendedahkan kepada Huffington Post kesilapan lazim yang pasanganbuat dan apakah pembaikan yang mereka boleh lakukan untuk melawan pembunuh hubungan yang seolah-olah tidak berbahaya ini.

1. Masa tidur berlainan

Sudah tentu, jika pasangan anda mempunyai jadual kerja yang berbeza, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi bagi pasangan yang sebenarnya mempunyai jadual kerja yang sama, tidur pada masa yang berlainan mungkin menyebabkan kemudaratan kepada hubungan mereka.

Ia adalah resipi untuk berasa sunyi dan terpisah secara emosi (dan fizikal) daripada satu sama lain, kata Dr Berger. Salah satu perkara yang terbaik tentang menjadi pasangan ialah berasa panas berpelukan, masa semakin kabur yang anda berkongsi bersama sebelum hanyut dan tidur-mengapa akan ada sesiapa yang mahu berkorban itu?

2. Kurang keintiman fizikal

Ini adalah agak jelas tetapi anda akan terkejut dengan berapa ramai pasangan sebenarnya mengambil kesempatan terhadap ini.

Keintiman fizikal tidak semestinya seks; ia hanya boleh jadi perbuatan ringkas seperti mencium, atau berpelukan sehingga anda khayal dan tidur.

Menjadi jujur tentang keperluan anda di dalam bilik tidur atau apabila anda tidak merasa seperti tidak menginginkan keintiman, anda juga boleh mencari satu atau dua cara supaya lebih bersambung secara emosi.

3. Tidak bertimbang rasa terhadap jadual pasangan anda

Sudah tentu, menonton TV atau mendengar muzik boleh menjadi cara anda melegakan lelah dan kembali bertenaga tetapi ia boleh mengganggu masa pasangan anda untuk berehat.

Selepas hari yang panjang bekerja dan menjaga anak-anak anda, satu-satunya perkara yang anda mahu lakukan adalah baring di tempat tidur dan terlena. Tetapi beberapa minit sebelum anda terlena boleh menjadi peluang yang sempurna untuk emosi anda berinteraksi dengan pasangan anda dengan bercakap tentang bagaimana hari anda lalui-walaupun ia hanya untuk beberapa minit.

4. Masa skrin > Masa pasangan

Kadang-kadang, media sosial boleh mencuri semua tumpuan kita dari pasangan kita; ini tidak sepatutnya berlaku.

Seorang pengguna di ParentTown, melalui soal jawab platform baru dan aplikasi untuk ibu bapa, melahirkan kebimbangan bahawa tumpuannya melekat ke telefon pintar beliau telah menyebabkan ketegangan dalam perkahwinannya. Ramai di antara kita boleh mengkaitkan hal ini. Sama ada ia untuk kerja atau untuk hiburan, telefon pintar atau tablet menjadi seperti salah satu anggota badan tambahan.

Tetapi, alat-alat penghubung ini sebenarnya mengasingkan kita.

Dengan membawa tablet atau telefon tidur dengan anda membahayakan hubungan anda dalam dua cara: Pertama, ia boleh mengasingkan emosi antara satu sama lain, kata Dr Berger. Kedua, apabila kita menggunakan alat elektronik sebelum tidur, rangsangan dari skrin cenderung untuk membuatkan anda terjaga. Dengan tidur yang tidak mencukupi, kita mungkin akan menjadi kurang sabar, kurang baik hati dan kurang bertolak ansur ke arah pasangan kita pada hari berikutnya.

5. Merias diri di katil

Beberapa perkara yang perlu dilakukan di bilik mandi. Tindakan ringkas seperti memotong kuku atau bercukur di atas katil boleh menyakitkan hati pasangan anda dan boleh merompak tidur berkualiti ; serta menghalang keintiman,

6. Tidur dalam keadaan marah

Ia telah dikatakan banyak kali bahawa anda tidak sepatutnya masih marah semasa matahari terbenam. Jangan benarkan pertengkaran menjadi lebih parah dengan mematikan pertelingkahan hanya kerana anda bosan.

Dr. Berger menasihatkan untuk lakukan yang terbaik untuk menjernihkan isu-isu dengan baik sebelum tidur, jadi apabila anda sudah bersedia untuk berubah di malam itu anda berdua akan lebih mahu berkomunikasi dengan penuh kasih sayang dari segi nada dan tindakan.

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

ADUH, muka sendiri pula yang terasa sakit melihatkan gambar seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti ‘terbakar’. Menerusi perkongsian daripada Haslizan Ramli, dia mendakwa wajah anaknya itu mengalami pengelupasan yang teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera daripada jenama Nature Republic. Difahamkan, produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).…

Dah Terpotong Hilang Pulak Tu


Dah Terpotong Hilang Pulak Tu|Lagi kes kecuian ketika proses berkhatan dan kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Lebih malang lagi apabila kemaluan kanak-kanak tersebut hilang selepas gagal dalam prosedur penyambungan semula.

Mstar melaporkan peguam, P Uthayakumar berkata, kepala kemaluan kanak-kanak itu terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu.

Jelasnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung kembali kepala kemaluannya namun gagal selepas kemaluan kanak-kanak tersebut menjadi hitam.

Susulan itu, doktor tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memotongnya.

Uthayakumar berkata, mangsa adalah daripada keluarga yang susah dan sangat muda untuk mengetahui kejadian yang menimpa dirinya.
Sebelum ini pada 20 Disember lalu, satu kes membabitkan kecuaian ketika proses berkhatan berlaku di sebuah klinik Taman Utama Cheras, namun kemaluan kanak-kanak itu berjaya disambung semula dalam satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menggunakan kaedah laser yang dipercayai dilakukan oleh seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40 an pada 8.20 malam.

Kes tersebut masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Lelaki Diburu Polis Tetak 5 Sekeluarga Seorang Putus Kepala

Lelaki Diburu Polis Tetak 5 Sekeluarga Seorang Putus Kepala|Seorang lelaki diburu polis disyaki terlibat dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan seorang lelaki maut dengan luka dileher hampir putus dan empat lagi yang dipercayai isteri dan anak mangsa cedera akibat ditetak.

Dalam kejadian yang berlaku 16:05 semalam gerakan Ipd Kudat telah Menerima panggilan telefon daripada orang awam penama Encik Jefrin Majangpan memaklumkan,ada satu pergaduhan berlaku didalam rumah bertempat di sebuah rumah di Kampung Narandang, Kudat.

Siasatan awal mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia ditempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher hampir putus akibat terkena hayunan benda tajam disyaki parang.

1. Simati Jotin Bin Yojumpin 42 Luka di leher hampir putus kerana terkena hayunan benda tajam disyaki Parang.

2. Mangsa ( No. 2 Saulin Binti Moridik,30 ) Cedera di kedua-dua tangan, bahagian kepala dan leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.

3. Mangsa ( No.3 Suziana Binti Jotin,17 ) Cedera di bahagian belakang leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.

4. Mangsa (No. 4Erna Salviani Binti Jotin , 11) cedera do bahagian leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.

5. Mangsa (No.5 Natalia Binti Jorin, 5 ) cedera di bahagian dahi akibat terkena benda tajam disyaki parang.

Pegawai Penyiasat Insp. Saizul Farhan Bin Mahali telah memburu seorang suspek lelaki yang berusia 20 tahun bernama Habil Bin Julang berbangsa Suluk yang dikenali dengan panggilan nama Si Totoh.

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Petugas Sudah Dipanggil Adakah PRU Ke14 Tahun 2017

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah PRU Ke-14 Tahun 2017?

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah PRU Ke-14 Tahun 2017?

Published on Dec 30, 2016 in Politik/Utama & Sensasi

ADAKAHbenar Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan tahun hadapan? Itu persoalan yang timbul apabila sekeping surat tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Jika sebelum ini, ramai yang meramalkan PRU ke-14 bakal diadakan awal tahun 2017dan mungkin dengan kemunculan surat ini dapat memberi bayangan atau ianya akan menjadi nyata kepada ramalan ramai pihak.

Dalam surat yang dipercayai dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Sabah itu jelas menunjukkan maklumat mengenai tarikh taklimat petugas PRU ke 14 bagi peringkat parlimen Kalabakan, Sabah.

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah PRU Ke-14 Tahun 2017?

Difahamkan, agihan surat tersebut adalah sebagai persediaan dan pengurusan pentadbiran pilihan raya bagi kawasan parlimen untuk disertai oleh petugas yang terdiri daripada kalangan guru dan kakitangan sekolah.

Taklimat tersebut bermula 20 Januari hingga 16 Mac tahun hadapan yang membabitkan taklimat undian awal, undi pos dan petugas-petugas pilihan raya terlibat.

Ia juga membabitkan petugas yang terlibat di bahagian Dewan Undangan Negeri iaitu di Tanjung Batu, Sebatik, Kukusan dan Merotai.

Surat yang menggunakan nama pegawai dari PPD Tawau ini dipercayai diagihkan di semua sekolah di Sabah bagi memudahkan penyusunan takwim di peringkat sekolah bagi memudahkan guru dan petugas PRU yang dilantik dapat menghadiri taklimat yang dirancang.

Perkongsian surat tersebut memberi bayangan jelas bahawa PRU ke-14 bakal diadakan tahun hadapan.

Difahamkan, PRU ke-14 bakal diadakan selepas Sukan SEA ke-29 dimana Malaysia menjadi tuan rumah kepada temasya sukan tersebut.

Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2018 akan diadakan seawal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun sehingga kini, masih tiada sebarang kepastian sama ada PRU ke-14 akan diadakan lebih awal ataupun tidak. MYNEWSHUB.CC

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Pilihan RayaPRU14SPR

Anda Juga Mungkin Berminat

Pendaftaran Pemilih: Boleh Daftar Selepas 30 September Sep 29, 2016

Pendaftaran Pengundi: Boleh Lagi Selepas 30 September

PUTRAJAYA Orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi selepas 30 September kerana Suruhanjaya Pilihan Raya

GAMBAR HIASAN Jan 31, 2016

Hanya SPR Boleh Tetapkan Tarikh Mengundi

KUCHING Tidak sampai 12 jam selepas Ketua Menteri membuat pendedahan berhubung tarikh penamaan calon dan

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah Jan 30, 2016

Apapun Cadangan, PRN Hanya Diadakan Lepas DUN Bubar SPR

KUALA LUMPUR Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesiapa sahaja

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Mama Adik Izz PujiServis Wad KK7 HKL TerbaikNext Story Next post: Bas Ekspres Boleh Asingkan Penumpang Ikut Jantina

Terkini dari Politik

Media Barat Dec 31, 2016

Awas Maklumat Risikan & Propaganda Media Barat

KUALA LUMPUR PAS meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan maklumat risikan DAP Dec 31, 2016

DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

KUALA LUMPUR Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam Dec 31, 2016

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang Mahkamah Dec 31, 2016

Perkasa Hubungan Agama, Bukan Mahkamah Syariah!

KUALA LUMPUR DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti - Nur Jazlan Dec 31, 2016

Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti Nur Jazlan

JOHOR BAHRU Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Waranti hebat 1 to 1 replacement serendah rm1 hanya dengan warranty day di senheng

biz-senheng_field_image_slider.var_14433

Tiada yang lebih mengecewakan dari barangan idaman yang kita beli rosak di luar waktu waranti yang ditetapkan. Bak disangka panas sampai ke petang, hujan pula di tengahari.

Anda tidak perlu risau lagi kerana Senheng kini menawarkan program pertukaran 1:1 (1 to 1 Replacement Program) dengan hanya RM1 apabila anda berbelanja keperluan rumah anda.

Serius kami tidak tipu, memang anda hanya perlu bayar RM1 untuk menikmati pertukaran 1:1 jika barangan keperluan bersaiz kecil (small appliances) anda rosak atau berhenti berfungsi dalam masa dua tahun dari tarikh pembelian.

Anda akan menerima barangan baru sebagai ganti tanpa banyak soal. Memang menarik bukan tawaran mereka. Semua ini anda boleh nikmati melalui promosi Warranty Day yang hanya boleh anda dapatkan pada setiap 1 haribulan setiap bulan bermula 1 Disember 2016 yang lalu.

Apa yang anda perlu buat mudah sahaja, kunjungi showroom Senheng yang terdekat pada 1 haribulan dan beli small appliances dan anda akan menikmati waranti tambahan selama DUA tahun daripada Senheng.

Jika anda menambah RM1, anda layak menikmati kelebihan 1 to 1 Replacement Program yang pastinya membebaskan anda dari keluh kesah dan kerisauan jika barangan yang anda beli mula buat hal dalam masa dua tahun tersebut.

Apa contoh barangan keperluan rumah kecil (small appliances) yang kami maksudkan? Rujuk galeri dibawah untuk melihat sebahagian dari barangan yang ditawarkan Senheng.


Yang paling penting, anda haruslah menjadi salah seorang ahli PlusOne Senheng sebelum layak untuk menikmati semua tawaran hebat yang kami sebut di atas.

Jom ramai ramai kita ke Senheng pada 1 haribulan ini untuk bawa pulang keperluan rumah idaman tanpa perlu risau waranti yang berbelit, hanya RM1 untuk tukar ganti barangan rosak anda kepada yang baru. Apa pun, ia tertakluk pada terma dan syarat. Jumpa anda di sana!

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

32 Murid Pulang Sekolah Awal Akibat Banjir

KUALA BERANG – Seramai 32 murid di Sekolah Kebangsaan Getang terpaksa pulang awal pada 10 pagi ini setelah kelas mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Telemong. Guru Besarnya Hayati Osman berkata beliau tidak menyangka air yang pada mulanya hanya memasuki ruang padang dan kantin sekolah meningkat dengan begitu cepat dan memasuki ruang kelas lain. “Awal…

100 Motosikal Isi Minyak Percuma Di Parit Buntar

KIRA-KIRA 100 penunggang motosikal di Parit Buntar, Perak sanggup berbaris panjang bagi mengisi minyak petrol percuma sumbangan Pemuda Umno bahagian Parit Buntar di sebuah stesen minyak Petronas di sini, malam tadi. Ketuanya, Mu’ammar Ghadafi Jamal Jamuluddin berkata, sumbangan petrol itu adalah susulan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen yang bermula pada 1 Januari, selain…

Polis Sisasat Kumpulan Panjat Papan Tanda ‘IPOH’

IPOH – Pihak polis sedang menyiasat laporan berhubung sekumpulan remaja yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan IPOH di Jalan Kuala Kangsar yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Majlis Bandaraya Ipoh iaitu pemilik papan tanda itu awal pagi tadi. Beliau…

Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator

2iCyGX5


Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator |Seorang bayi yang baru berusia 12 hari maut terpanggang mati apabila salah seorang nurse terlupa memperlahankan suhu incubator di ruangan bayi tersebut diletakkan.

Menurut Waibo CCTV Pihak hospital enggan bertanggung jawab dan cuba bersembunyi atas kematian Bayi yang diberi nama Fujian warga negara Ye Yiong China itu.

Menurut doktor yang berkuasa di hospital itu,bayi berkenan dirawat dengan baik dan diletakkan dalam incubator dengan suhu yang terkawal akibat kesejukan,menurutnya bayi malang berkenan meninggal akibat dari pada jangkitan kuman.

Pihak Waibo CCTV juga membocorkan sebuah rekaman Cctv kejadian, tapi telah dipotong dan memiliki sisi gelap,doktor dan jururawat telah bersembunyi,mereka tidak berani mengakui kesalahan dan melaporkan berita kejadian,bayi itu tidak berdosa,walaupun bayi itu tidak dapat menikmati dunia sekurang kurangnya berikan kepada kedua orang tua bayi itu keadilan,tulis Waibo CCTV



Selain itu Recod perubatan juga telah di ubah dan doktor yang bertugas serta jururawat hospital itu melarikan diri.

Mereka seolah menutup langit dengan menggunakan satu telapak tangan (menyembunyikan kebenaran dari orang lain) jangan hanya karena anda bekerja dihospital kerajaan tidak ada pemberita yang berani menyiasat

Pada hari ahad lalu Saya bercakap dengan ibu bayi,mereka dimaklumkan bahwa bayinya sudah dapat dibebaskan dari hospital hari itu,tapi hospital menuntut semula agar bayi itu ditahan karena bayi itu di anggap sejuk.

Pada pagi rabu,hospital telah memaklumkan bahwa bayi mereka sudah meninggal,dalam tempoh dua ke 3 hari,pihak hospital boleh saja mengubah apa yang boleh diubah untuk menghapuskan bukti.

Ketika ahli keluarga datang kehospital mereka berlakon dengan memberikan cpr sebelum mengumumkan kematiannya.

Oleh karena saya tidak berada ditempat kejadian saya telah meyiarkan apa yang saya tahu dan anda boleh menilai sendiri sudah berapa lama bayi itu mati terpanggang.tegas penulis Waibo CCTV.

Sumber : Mediahub

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Macam Ayah Dengan Anak Haters Kutuk Gambar Terkini Alyah Dan Ramli MS

“Macam Ayah Dengan Anak..”- Haters Kutuk Gambar Terkini Alyah Dan Ramli MS

2iSD0VH

Pasangan selebriti Alyah dan Dato Ramli MS kini sedang bahagia melayari alam perkahwinan.

Mereka dikatakan berkahwin di Indonesia kira-kira 3 tahun yang lalu namun tidak berdaftar di Malaysia.

Walaupun terdapat pelbagai dugaan, sehingga kini hubungan mereka semakin baik dan bahagia.

Menerusi rancangan Gegar Vaganza, Ramli MS juga sering menjadi bahan oleh Nabil dan Jihan tentang perkahwinan dengan Alyah.

Yang terbaru, Alyah telah memuatnaik gambar dengan suaminya itu.

Ada pihak yang kurang senang dan mengutuk kebahagiaan pasangan ini.

Haters mengambil peluang mengecam pasangan ini dan ada yang mengatakan mereka berdua seperti ayah dan anak.

Ini antara komennya:

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir – MB Kedah

ALOR SETAR – Kedah sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir dengan mengenal pasti kawasan berisiko dilanda bencana itu, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana juga telah diarah membuat persiapan dan berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang…

Bekalan Untuk Mangsa Banjir Di Terengganu Mencukupi

KUALA BERANG – Bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir di negeri ini masih mencukupi meskipun terdapat pertambahan pusat pemindahan mangsa banjir. Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Rusmi Mahmud berkata pihaknya mempunyai 160 pangkalan hadapan yang menjadi pusat bekalan makanan di seluruh negeri. Katanya terdapat 18 mini depoh di daerah dan…

Allahuakbar Tragisnya Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator

Seorang bayi yang baru berusia 12 hari maut terpanggang mati apabila salah seorang nurse terlupa memperlahankan suhu incubator di ruangan bayi tersebut diletakkan.

Allahuakbar! Tragisnya... Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator
Allahuakbar! Tragisnya… Bayi 12 Hari Mati Terpanggang Dalam Incubator

Read more

Sumber: bulletinmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

828 Saman Dalam Operasi JPJ Di P.Pinang

BUTTERWORTH – Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Pulau Pinang bermula 24 Dis lepas. Pengarah JPJ Negeri Noorul Habib Abdul Guduse berkata sepanjang operasi yang berakhir awal pagi tadi itu, sebanyak 3,847 kenderaan termasuk 2,000 motosikal diperiksa. “Sebanyak…

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

bungaaa

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung cedera selepas terkena letupan bunga api ketika sambutan ambang tahun baru 2017 malam tadi.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukan itu meletup terlebih dulu di atas tanah sebelum sempat ke udara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

Ini kenyataan Bomba:

Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

Tujuh mangsa melecur di kaki manakala tiga lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya,

Ini pula komen dari saksi bernama Faiz:

Ketika saya tiba, acara pertunjukan bunga api itu hampir habis. Tiba-tiba saya ternampak orang ramai berlari ke satu arah menyebabkan saya bergegas melihat apa yang berlaku.

Selepas menyedari berlaku letupan bunga api dan terkena beberapa pengunjung, saya segera merakamkan gambar,

Saya dimaklumkan, dua kotak berisi bunga api itu sudah dibakar manakala satu lagi kotak belum sempat dibakar apabila letusan bunga api itu bercabang dan terpercik secara mendatar.

Tiada kecederaan serius dilaporkan. Kes sedang disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post 10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang appeared first on PenMerah.com.

Sumber : Penmerah

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Netizen Kagum Ketabahan Zarina Besarkan Anak Autism

PEMINAT mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar lelaki, Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism. Walaupun sibuk berlakon, Zarina tetap menjaga sendiri anak kembarnya tanpa bantuan orang luar. Netizen yang mengikuti perkembangan harian Zarina di laman Instagram baru-baru ini melahirkan rasa kagum dengan semangat dan ketabahan pelakon itu dalam membesarkan anak-anak istimewa. Komen-komen…

Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri

2hFZc4Y

HOKKAIDO, JEPUN – Otou Katayama, dari Nara, selatan Jepun, masih tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap dan hanya memberikan respon secara mengangguk atau mengomel selama 20 tahun.

Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.

2iCp1zK
Foto perkahwinan Otou Katayama dan Yumi

Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.

“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”

2hG10uY
Tiga anak pasangan itu memerhati dari jauh
2iCrFpo
Anak sebak ibu bapanya kembali bercakap

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” katanya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.

Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis, perasaan sedih bercampur gembira bermain di hati. Anak-anak mana yang sanggup melihat ibu bapanya tidak sefahaman. Semoga menjadi pengajaran kepada pasangan yang lain. – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

PANAS Akhirnya Erra Fazira Berlaku Terpaksa Berlaku Jujur

Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B12.08.


KUALA LUMPUR, 31 Dis Lebih dua dekad menghiasi dunia seni, Erra Fazira enggan membuat keputusan bersara kerana bimbang merindui bidang lakonan yang dianggap sudah sebati dengannya.

Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B12.08.Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B12.08.Screen%2BShot%2B2017-01-01%2Bat%2B12.08.

video%2Bfake.gif

loading…

Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini

Nak Jana Income Melalui Online?Klik Sini

Cari Sumber Bacaan & Info Menarik?Klik Sini

Sumber: gosipduniakini

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Pasukan Siasatan Ditubuh Siasat Kes Letupan Bunga Api

SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran malam tadi. Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya akan menanggung kos rawatan mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan…

2 Laluan Penerbangan Akan Dibuka Semula Sempena TMT 2017

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan membuka semula dua laluan penerbangan bagi destinasi Kuala Terengganu-Singapura-Terengganu dan Kuala Terengganu-Pulau Pinang-Kuala Terengganu bagi meningkatkan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017). Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rundingan dengan syarikat penerbangan AirAsia berhubung pembukaan semula laluan berkenaan kini di peringkat akhir. “Pembukaan semula…

Waranti hebat 1 to 1 replacement serendah rm1 hanya dengan senheng

biz-senheng_field_image_slider.var_14433

Tiada yang lebih mengecewakan dari barangan idaman yang kita beli rosak di luar waktu waranti yang ditetapkan. Bak disangka panas sampai ke petang, hujan pula di tengahari.

Anda tidak perlu risau lagi kerana Senheng kini menawarkan program pertukaran 1:1 (1 to 1 Replacement Program) dengan hanya RM1 apabila anda berbelanja keperluan rumah anda.

Serius kami tidak tipu, memang anda hanya perlu bayar RM1 untuk menikmati pertukaran 1:1 jika barangan keperluan bersaiz kecil (small appliances) anda rosak atau berhenti berfungsi dalam masa dua tahun dari tarikh pembelian.

Anda akan menerima barangan baru sebagai ganti tanpa banyak soal. Memang menarik bukan tawaran mereka. Semua ini anda boleh nikmati melalui promosi Warranty Day yang hanya boleh anda dapatkan pada setiap 1 haribulan setiap bulan bermula 1 Disember 2016 yang lalu.

Apa yang anda perlu buat mudah sahaja, kunjungi showroom Senheng yang terdekat pada 1 haribulan dan beli small appliances dan anda akan menikmati waranti tambahan selama DUA tahun daripada Senheng.

Jika anda menambah RM1, anda layak menikmati kelebihan 1 to 1 Replacement Program yang pastinya membebaskan anda dari keluh kesah dan kerisauan jika barangan yang anda beli mula buat hal dalam masa dua tahun tersebut.

Apa contoh barangan keperluan rumah kecil (small appliances) yang kami maksudkan? Rujuk galeri dibawah untuk melihat sebahagian dari barangan yang ditawarkan Senheng.


Yang paling penting, anda haruslah menjadi salah seorang ahli PlusOne Senheng sebelum layak untuk menikmati semua tawaran hebat yang kami sebut di atas.

Jom ramai ramai kita ke Senheng pada 1 haribulan ini untuk bawa pulang keperluan rumah idaman tanpa perlu risau waranti yang berbelit, hanya RM1 untuk tukar ganti barangan rosak anda kepada yang baru. Apa pun, ia tertakluk pada terma dan syarat. Jumpa anda di sana!

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

loading...