loading...

Tuesday, 20 December 2016

3 Hari Hilang Pelajar UNISEL Disyaki Diculik

1.png
(Kiri) Amirul, lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan mangsa (kanan) Sharifah Nur Shuhada Syed Anuar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu | Foto – Fadhil Saufi

RAWANG, SELANGOR – Seorang pelajar perempuan Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam, dilaporkan hilang semenjak Sabtu lalu.

Sharifah Nur Shuhada binti Syed Anuar, dilaporkan hilang di sekitar Rawang atau Serendah kira-kira jam 1 petang, dipercayai bersama dengan seorang lelaki yang berasal dari Klang.

Difahamkan keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada Ahad lalu.

Menurut rakan mangsa, Hidayatul Suaidah, lelaki yang bersama anaknya, Amirul, ada menghubungi dan mengugut bapa mangsa.

1.jpg

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan suspek, diminta menghubungi sepupu mangsa, Fadhil Saufi di talian 011-37554744.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehilangan mangsa. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...