Selebriti yang pernah terkenal dengan filem Heart pada tahun 2006, Acha Septriasa telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kharisma semalam. Hubungan yang terjalin selama sembilan tahun itu akhirnya terikat dengan satu ikatan perkahwinan.
BACA: Acha Septriasa Belum Dapat Hidayah Untuk Berhijab
Alhamdulillah, lega rasanya apabila Acha sah bergelar isteri kepada Vicky. Sebagai orang tua, kami harus ikhlas dan bersedia melepaskan anak perempuan mengikut suami
Sebagai ibu bapa, kami hanya mampu memberi nasihat untuk Acha bersama suami tidak kira di mana saja dia bekerja. Malah, suami juga berperanan sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab mencari nafkah, kata ibu Acha kepada Oh Media.
Selain itu juga, Acha turut memaklumkan beliau bakal berpindah ke Australia bagi mengikuti suaminya yang bekerja di sana. Apapun tahniah diucapkan kepada Acha yang telah selamat bergelar isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. (rkty/w)
SUMBER
oh Media
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment