loading...

Wednesday, 14 December 2016

Baby bump terserlah sharifah sakinah hamil lagi

IMG_2016-12-15-114931-700x413.jpg

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sakinah yang kini sedang hamil anak sulung beliau. Menerusi akaun Instagram, Sakinah telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan baby bump di perutnya ketika sedang meluangkan masa bersama rakan-rakan. Bagaimanapun, Sakinah masih belum berkongsikan butiran lanjut mengenai kehamilannya itu.

BACA: Sharifah Sakinah Kini Sudah Hamil?

Biarpun sebelum ini Sakinah memilih untuk berdiam diri ketika spekulasi mengatakan beliau hamil lagi selepas mengalami keguguran pada awal April lalu, namun gambar tersebut seakan menjawab segala teka-teki orang ramai. Menyedari kelainan pada perutnya, ramai membanjiri ruangan komen pelakon terbabit dengan ucapan tahniah di atas kehamilan itu.

Terdahulu, Sakinah sekali lagi didakwa hamil apabila kakaknya, Sharifah Shahira telah memuat naik sekeping gambar di laman sosial bersama kepsyen memaklumkan adiknya itu sedang hamil. Menerima ribuan ucapan tahniah dari peminat, Sakinah akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut sambil menjelaskan bahawa kakaknya itu hanya sekadar bergurau. (rkty/w)

adv.php?sid=332179965797



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...