loading...

Saturday, 24 December 2016

Berwaspada Dengan Pembangkang Ahli Politik

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli Politik

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli Politik

Published on Dec 23, 2016 in Politik/Terkini

KOTA MARUDU Berwaspada dengan pembangkang, itulah nasihat Timbalan Presiden Eksekutif Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Menggambarkan mereka sebagai bermusim, Ongkili berkata ahli politik seperti ini lazimnya muncul apabila hampir pilihan raya.

Tiba-tiba parti baharu ditubuhkan. Mereka datang waktu musim pilihan raya, yang jelas menunjukkan niat mereka.

Kita dalam Barisan Nasional, sentiasa konsisten dengan misi dan perjuangan kita. Kita belajar daripada kesalahan lampau untuk membina esok yang lebih baik buat rakyat, jadi tahun hadapan akan menjadi lebih baik dari tahun ini, katanya semasa berucap di hadapan penyokong daripada sayap Wanita dan Pemuda PBS di sini hari ini.

Bercakap pada majlis penyampaian peralatan dapur kepada 48 cawangan Wanita dan peralatan sukan kepada 50 cawangan Pemuda, PBS Kota Marudu, Ongkili berkata daripada sibuk berhadapan dengan isu pembangkang, anggota parti sepatutnya menumpukan kepada persiapan mereka menghadapi pilihan raya akan datang.

Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Kita telah buktikan keikhlasan kita dan membawa pembangunan kepada rakyat. Kita akan terus berjuang untuk Sabah dan rakyat Sabah, katanya sambil mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan daripada semua anggota PBS di semua peringkat.

Terdahulu, Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air juga menyampaikan sumbangan barangan dan derma sempena Krismas kepada 427 gereja di Matunggong dan Tandek.

Beliau berkata menerusi perhimpunan praKrismas seperti ini, bermaksud untuk menggalakkan perpaduan dan keamanan dalam kalangan rakyat yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Datuk Seri Dr Maximus Ongkilipembangkang

Anda Juga Mungkin Berminat

Sebarkan Surat Palsu Untuk Timbulkan Kegusaran Dec 10, 2016

Sebarkan Surat Palsu Untuk Timbulkan Kegusaran

KUALA LUMPUR Veteran UMNO mendedahkan taktik pembangkang menyebarkan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat

Pembangkang Nov 18, 2016

Perhimpunan Sandiwara Pembangkang Najib

KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar parti pembangkang di

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Nov 5, 2016

Pembangkang Ketandusan Isu Ismail Sabri

PASIR MAS Pembangkang kini ketandusan isu apabila menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Ahmad Hazwan Raih 2 Gelaran Pada ABK 2016Next Story Next post: Lebih 10 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Jasin

Terkini dari Politik

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow Dec 24, 2016

Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang Perintah Gaya Mafia

GEORGE TOWN Gerakan Pulau Pinang membidas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pulau AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel Dec 24, 2016

AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel

ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Sudah 30 Tahun Program Di Iran Berjalan - PAS Dec 24, 2016

Sudah 30 Tahun Program Di Iran Berjalan PAS

KUALA LUMPUR Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Golongan Muda Tidak Perlu Lempar Kritikan Secara Positif? Dec 24, 2016

Golongan Muda Tidak Perlu Lempar Kritikan Secara Positif?

KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) menolak pandangan bahawa sebarang Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 Dec 22, 2016

Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2

PRIHATIN Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bakal mengeluarkan kupon Salam

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...