Karier Nyanyian Semakin Sendu,Hafiz Suip Anggap Lumrah Kehidupan – Tempatan – Gosip & Hiburan
Foto: IG Hafiz Suip
Selepas mendirikan rumah tangga,nampaknya kerjaya nyanyian Hafiz Suip dianggap semakin suram dan sendu.
Namun, bagi penyanyi ini,dia menganggap perkara tersebut sebagai lumrahdan pandangan orang ramai diterima secara terbuka.
Hafiz atau pemilik nama penuh, Mohd Hafiz Suip, 26, berkatadia akan lebih berusaha memastikan kualiti persembahannya terus meningkat.
Foto: IG Hafiz Suip
“Saya tidak menganggap isu nama semakin suram sebagai perkara besar kerana setiap penyanyi ada turun naiknya. Hidup ini ibarat roda, ada kala kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Bagi saya, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan,”katanya kepada Berita Harian Online.
Hafiz juga menyatakan dia yakin peminat sekarang bijak untuk membezakan hal peribadi dan kerjaya kerana ianya dua cabang yang berbeza.
“Apa pun, saya menyerahkan soal rezeki kepada Allah untuk menentukan segala-galanya,”tambahnya lagi.
Foto: IG Hafiz Suip
Didoakan agar Hafiz Suipsentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa berbahagiabersama pasangannya.-CARI.
sumber : http://ift.tt/2hkM0RD
sumber : www.gengviral.com
Sumber: 1citemalaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment