loading...

Wednesday, 28 December 2016

dan 039Jangan LebihLebih dan 039 Pesanan Donna Muslim Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Artis Kegemaran OHBULAN

Isu & Kontroversi

Siapa yang mengenali personaliti televisyen/pengacara bernama Donna Muslim pastu tahu jejaka itu rapat dengan Rita Rudaini. Kedua-duanya sering dikaitkan sebagai teman tapi mesra walaupun jarak usia antara mereka adalah 13 tahun.

Baru-baru ini peminat Rita Rudaini mengamuk apabila Donna menggunakan perkataan mak janda apabila merujuk kepada Rita di ruangan komen instagramnya. Perkara ini ternyata telah mengeruhkan hubungan baik diantara Donna dan Rita. Apa penjelasan Donna tentang perkara ini?

Tak Berniat Hina Rita

image2-1

Menerusi laporan yang disiarkan oleh sebuah portal akhbar tempatan, Donnamengakui salahnya tetapi menjelaskan bahawa dia tidak sesekali berniat untuk mempersendakan status diri Rita.

Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.

Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf. Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.

1-rita-rudaini-akui-rapat-dengan-donna-muslim-jpeg

Sementara itu, Rita ketika dihubungi pihak akhbar berkenaan untuk membuat kenyataan menyifatkan tindakan Donna sebagai kurang bijak.

Saya memang tidak mengikutinya di laman Instagram jadi tak tahu apa yang dia muat naik. Apabila peminat menghantar paparan skrin komen itu, saya terus bertanya kepada dia.

Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu.

Tak Faham Ada Fans Bertuhankan Artis Fav

screen-shot-2016-12-28-at-4-24-58-pm

screen-shot-2016-12-28-at-4-25-14-pm

screen-shot-2016-12-28-at-4-58-40-pm

screen-shot-2016-12-28-at-4-25-28-pm

Melalui komen yang dibalas oleh Donna di Instagramnya, ternyata pengacara berusia 27 tahun ini terkesan dengan salah faham yang dicetuskan oleh peminat Rita sehingga mengeruhkan hubungan baiknya dengan aktres popular itu.

Apa pun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Peminat pun kenalah chill dan jangan taksub sangat nak bela artis pujaan tanpa tahu hal sebenar, tak gitu?

Sumber: Donna Muslim, MyMetro

Hanan Mansor

Hanan Mansor

Content Champion at Rev Asia Berhad

Hanan Mansor

Latest posts by Hanan Mansor (see all)

  • Jangan Lebih-Lebih Pesanan Donna Muslim Untuk Mereka Yang Taksub Dengan Artis Kegemaran – 28/12/2016
  • True Love Zaman Moden, Kisah Lelaki Ini Bantu Isterinya Harungi Kanser Tahap 4 Buat Ramai Terharu! – 27/12/2016
  • Isu Kurang Subur, Pusat Rawatan Kesuburan Minta Jamal Minta Maaf Pada Siti & Semua Wanita – 24/12/2016
  • Respon Siti Nurhaliza Terhadap Sindiran Kurang Subur Jamal Yunos – 23/12/2016
  • Nyaris Buta Secara Tiba-Tiba, Wanita Ini Kongsi Kesan Jangka Masa Panjang Contact Lens – 22/12/2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name *

Website

2016 OHBULAN!. All Rights Reserved.

Sumber: Ohbulan

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...