Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) akhirnya telah didominasi oleh penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza dengan berjaya mempertahankan kategori persembahan vokal terbaik di dalam lagu (wanita).
BACA: Gambar Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke 22
Selain itu, Siti juga turut memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik, Anugerah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia, dan Album Terbaik AIM 22. Keseluruhannya, Dato Siti Nurhaliza telah berjaya membawa pulang 5 anugerah.
Manakala dua anugerah khas iaitu Anugerah Kembara, dimenangi oleh penyanyi antarabangsa, Yuna dan Anugerah Sri Wirama pula berjaya diberikan kepada Dato Sheila Majid di atas kejayaan dan pencapaiannya dalam dunia seni tanah air. (rtky/h)
Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 22:
Lagu Pop Etnik Terbaik: Joget Sulam Sakti (Reena Nicky)
Lagu Nasyid Terbaik: Mikraj Cinta (Dato Siti Nurhaliza)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Firefly (Sonaone)
Lagu Hip Hop Terbaik: Janji (Altimet & Takahara Suiko)
Artis Baru Terbaik: Syamel (Hidup Dalam Mati)
Video Muzik Terbaik: Not For Sale (Stacy)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: Supergirls (De Fam)
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Terimaku Seadanya (Misha Omar& Hafiz Suip)
Anugerah Kembara: Yuna
Anugerah Sri Wirama: Sheila Majid
Rakaman Album Terbaik: Froya (Panic Bird)
Kulit Album Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (Bahtera)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Menatap Dalam Mimpi (Dato Siti Nurhaliza)
Lagu Rock Terbaik: Mata Hati (Azlan & The Typewriter)
Lagu Pop Terbaik: Sejati (Faizal Tahir)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Akim Ahmad (Akim& The Majistret: Potret)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Dato Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Lagu Terbaik: Sejati (Faizal Tahir)
Album Terbaik: Dato Siti Nurhaliza
Penyanyi Pilihan Malaysia: Dato Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment