Tiga kali mengalami keguguran, Jue Aziz menjelaskan kepada Kosmo! Online bahawa dia turut mengalami gangguan mistik hingga menyebabkan situasi tersebut berulang.
BACA: Jue Aziz Belum Putus Asa Dapatkan Anak
Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran, kongsinya. Perkara tersebut dalam masa yang sama turut menganggu aktiviti seninya.
Buat masa sekarang, pelakon wanita ini lebih menumpukan perhatian pada keluarga barunya bersama Bayu Daniels, termasuk anak angkat yang berusia empat tahun.
Saya tidak menafikan sejak beberapa tahun lalu, kerjaya seni saya agak hambar berbanding semasa awal kemunculan dalam lapangan seni. Ia berikutan saya ingin memberi tumpuan kepada urusan keluarga sebelum kembali aktif dalam bidang lakonan
Tambahan, saya juga ingin memulihkan semangat setelah tiga kali mengalami keguguran kandungan, katanya lagi. Semoga apa yang dialami oleh Jue Aziz ini akan berkahir dan beroleh cahaya mata. (rtky/s)
SUMBER
kosmo! Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment