loading...

Thursday, 8 December 2016

HABIS MADU SEPAH DIBUANG Jemputan Dr M ke majlis agong dibatal kerusi tak disedia BERSABARLAH TUN M

333.jpg


Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi mengelak kesipuan (embarrassment) kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungiMalaysiakinimengesahkan menerima surat itu.

Malaysiakinisedang cuba menghubungi pejabatPenyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mereka.

Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

Sementara itu, surat sama turut beredar di media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Antara yang turut memuat naik surat itu termasuk wartawan veteran Jahabar Sadiq dan anak perempuan Mahahir, Marina.

Siapa sebenarnya akan tersipu-sipu nanti? tulis Marina bersama gambar surat itu.

41729c6332c55d4799bbaff5afb9b613.jpg


hqdefault.jpg

SUMBER : malaysiakini

Sumber: beritagempakbeb

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...