Israel Balas Dendam Sekat Dana Ekoran Resolusi PBB
Published on Dec 25, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
TEL AVIV Israel bertindak dramatik membalas dendam dengan membatalkan sumbangan dana bernilai jutaan dolar kepada beberapa agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ia sebagai langkah terhadap Majlis Keselamatan badan dunia itu lewat Jumaat yang meluluskan ketetapan resolusi mengenai pembekuan pembinaan penempatan haram penduduk Yahudi di wilayah pertikaian dengan Palestin.
Dalam ucapan kepada rakyat Israel, Perdana Menteri rejim itu, Benjamin Netanyahu mengarahkan Kementerian Luar untuk melengkapkan penilaian semula hubungannya termasuk penggantungan pembiayaan kepada PBB.
Saya sudah arah Kementerian Luar henti dana kira-kira 30 juta shekel (kira-kira RM35 juta) membabitkan lima institusi di PBB, terutama yang memusuhi Israel, dan akan sekat beberapa pembiayaan lain, kata Netanyahu.
Baca: AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel
Sebelum ini, Netanyahu berang dengan tindakan bersejarah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mengambil keputusan untuk berkecuali tanpa veto atau membatalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB tersebut.
Ia sekali gus meluluskan resolusi untuk menentang penempatan haram Israel di wilayah Palestin. Usul itu dibawa Malaysia bersama-sama New Zealand, Senegal dan Venezuela selepas Mesir menarik diri akibat tekanan Israel.
Resolusi 2334 itu dengan tegas menuntut agar rejim Zionis segera dan sepenuhnya menghentikan segala aktiviti penempatan haram penduduk pendatang Israel dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
Sebanyak 14 anggota majlis itu termasuk empat anggota tetap: China, Perancis, Rusia dan Britain sebulat suara mengundi memihak kepada resolusi tersebut manakala AS tidak mengundi. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: IsraelPBB
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 24, 2016
AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel
ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu
Jul 5, 2016
PBB Kutuk Israel Bina Penempatan Di Tebing Barat
NEW YORK Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pada Isnin mengutuk keputusan Israel
Oct 2, 2015
Marah Iran: PM Israel Renung Tajam Delegasi PBB 45 Saat
PBB, NEW YORK Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menzahirkan kemarahannya tentang ancaman Iran sewaktu
Post navigation
Previous Story Previous post: Kanak-Kanak Syria Wira Sebenar Ronaldo
Terkini dari Politik
Dec 25, 2016
PRU14: UMNO Kelantan Tumpu 3 Parlimen Kelabu
JELI UMNO Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen kelabu di Dec 24, 2016
Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang Perintah Gaya Mafia
GEORGE TOWN Gerakan Pulau Pinang membidas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pulau Dec 24, 2016
AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel
ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Dec 24, 2016
Sudah 30 Tahun Program Di Iran Berjalan PAS
KUALA LUMPUR Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Dec 24, 2016
Golongan Muda Tidak Perlu Lempar Kritikan Secara Positif?
KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) menolak pandangan bahawa sebarang
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment