loading...

Thursday, 1 December 2016

ISU SINDIR SHILA AMZAH INI KENYATAAN BALAS AYDA JEBAT

black-wallpaper-1%2B%25282%2529.jpg

Rupa-rupanya tindakan Ayda Jebat merakam wajah pelakon gandingannya Sharnaaz Ahmad dengan berlatar belakangkan lagu Selamanya Cinta telah menimbulkan rasa kurang senang kepada seorang penyanyi. Penyanyi berkenaan didakwa tidak berpuas hati dan menganggap tindakan sebegini bukanlah kali pertama dilakukan olehAyda. Enggan mengeruhkan suasana, Ayda Jebat telah tampil memohon maaf dan memaklumkan tindakannya itu tidak berniat menyindir mana-mana pihak.

ayda%201_3.jpg?zoom=1.5&w=584

Kata Ayda Jebat:-

Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di Instastory dalam Instagram.

Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung.

Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram.

ayda%201_1.jpg?zoom=1.5&w=584

Walaupun sudah bertahun-tahun kisah percintaan penyanyi itu dan Sharnaaz Ahmad berakhir, namun nampaknya masih ramai yang tidak mampu melupakannya. Mungkin sudah tiba masa untuk kita semua move on. Sharnaaz Ahmad pun sedang bahagia bersama Nabila sekarang. Diharap pada masa hadapan, tiada lagi sebarang perkaitan antara penyanyi itu dan Sharnaaz. Biarlah semua orang hidup dengan tenang. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Sumber: Beautifulnara

Sumber asal: figuramalaya.net

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...