loading...

Sunday, 25 December 2016

Juliana evans nafi bakal kahwin

14350404_1447823705232087_88057852773363

Terkejut dengan dakwaan yang tersebar mengatakan beliau dan kekasih bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Juliana Evans menafikan khabar angin berkenaan. Jelas Juliana lagi, jika beliau ingin berkahwin dalam masa terdekat ini pasti akan memaklumkan kepada orang ramai mengenainya dan tidak perlu berselindung dengan berita tersebut.

BACA: Juliana Evans Bakal Nikah Tengku A Tahun Depan

Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak ada membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak ada memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan

Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut. Sudah tentu saya ingin mengikat tali pertunangan dulu dengan pasangan, jelasnya kepada Projek MMO mengenai berita perkahwinan yang tersebar.

Terdahulu, Juliana dikhabarkan bakal menikahi seorang kerabat diraja Selangor yang dikenali sebagai Tengku A. Malah beliau juga dikatakan tidak ingin mengikat tali pertunangan dan terus bernikah. Laporan itu juga mengatakan pasangan ini telah pun mengedar kain pasang untuk kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan bagi tujuan majlis perkahwinan. (rkty/w)

adv.php?sid=332179965797



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...