loading...

Tuesday, 20 December 2016

KanakKanak Melambung Dilanggar Lari

2hFHD46

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dada selepas dilanggar sebuah kereta, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Tol, Mohd Syaidatul Aiman, 8, dilanggar kereta jenis Proton Saga Aeroback berwarna biru sehingga menyebabkan mangsa melambung.

Pemandu kereta yang tidak sempat dirakam nombor pendaftarannya itu bagaimanapun telah melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera teruk di bahagian kepala, dada dan mukanya telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

2hRzlnq
Serpihan dari kereta si pelaku yang melanggar mangsa | Foto – Netizen

Menurut ibu saudaranya, Farrah Jaraee, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih belum sedarkan diri.

Justeru, Farrah meminta pemandu kereta berkenaan tampil menyerah diri dan bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anak saudaranya itu. – The Reporter

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...