loading...

Sunday, 25 December 2016

Komen Pedas Siti terhadap Jamal Junos buat anda tergamam

Siti Nurhaliza Tak Terkesan Dengan Sindiran Jamal

SUSULAN kritikan Datuk Siti Nurhaliza terhadap isu dirinya bertuala di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) baru-baru ini, Datuk Jamal Yunos seterusnya membalas serangan dengan menyindir penyanyi kesayangan ramai itu.

Menulis pesanan di aplikasi WhatsApp, Jamal memetikFree Malaysia Todayberkata,Pesanan saya kepada Siti, jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu atau cari air lain.

Siti sebelum ini memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke SUK hanya dengan bertuala bagi membantah masalah gangguan air di negeri tersebut.

Namun begitu, Siti dilihat cukup tenang dan enggan melayani karenah Jamal apabila membalas sindiran itu sebagai membalas twit yang dikepilkan peminatnya dengan berkata,Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ni tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah SWT kurniakan.

Siti Nurhaliza Tak Terkesan Dengan Sindiran Jamal

Bagus pendekatan yang diambil oleh Siti, usah dilayan provokasi murahan yang sengaja diciptakan bagi mencetuskan sensasi di kalangan masyarakat.

Semoga Siti terus sukses dengan kerjayanya dan boo layan isu-isu remeh yang tidak memberi manfaat buat dirinya. MYNEWSHUB.CC



kdrt: mynewshub

Sumber: bocorlagi

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...