Kongsi Gambar Pra Perkahwinan, Peminat Puji Kecomelan Acha Septriasa
Wow! Comelnya gambar Acha Septriasa dalam gambar pra perkahwinannya. Mereka telah memilih Australia sebagai lokasi. Sama cantik dan padan pasangan ini. Klik link dibawah untuk melihat gambar pra perkahwinan mereka:
Pelakon yang popular menerusi filem Heart, Acha Septriasa dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan bersama tunangnya, Vicky Kharisma di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Acha dia telah mengambil gambar pra perkahwinan tersebut dengan tunangannya di beberapa tempat di Australia kerana menggangap tempat di sana sangat menarik.
“Gambar pre-wedding saya di ambil di sana kerana ia merupakan tempat pertemuan saya bersama tunang buat pertama kalinya.
“Jadi kami telah bersetuju untuk merakam foto pre-weeding bersama di sana,” katanya seperti dilaporkan Bintang.com.
Tidak hanya mempamirkan tempat-tempat menarik di Australia, Acha dan tunangnya dilihat mengayakan beberapa pasang pakaian yang cantik.
Ditanya mengenai tarikh perkahwinannya, Acha berkata dia masih menghitung hari menantikan hari bersejarah itu namun enggan menggumumkan tarikh sebenar kepada umum.
Terdahulu pemilik nama Jelita Septriasa ini pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana (Dito) pada 21 Julai 2014, namun putus tidak lama selepas itu.
Acha juga merupakan bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi popular Irwansyah.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Sumber: Bintang.com
Sumber: ohkisahtentangkita
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment