Pelakon Lisa Surihani telah tampil menjadi juri untuk program Lawak Solo. Mengejutkan sekali bila pelakon jelita ini mengakui dia sangat mengagumi persembahan para peserta Lawak Solo walaupun program ini baru sahaja bersiaran untuk musim pertama.
Lisa berkata, persembahan yang ditampilkan peserta Lawak Solo merupakan lawak yang baru dan segar.
Lisa juga ada melabel lawak salah seorang peserta sebagai lawak kurang ajar.
Ini komennya:
LAWAK KURANG AJAR
Lawak yang dipersembahkan oleh mereka memang kurang ajar kerana ia merupakan lawak yang baru serta kreatif dan ia amat mencuit hati saya melihat persembahan mereka”.
KAGUM
Sejujurnya apa yang boleh di katakan adalah saya amat kagum dengan idea dan persembahan para peserta.
Saya cukup berpuas hati dengan persembahan para peserta kerana setiap daripada mereka memberikan variasi lawak yang berbeza.
Daripada situ kita dapat melihat kekuatan melalui penyampaian dan persembahan mereka kerana kepelbagaian yang ditunjukkan amat bagus.
Lisa memberi komen yang positif kepada semua peserta Lawak Solo. bagi Lisa lawak yang kelakar digelar lawak kurang ajar.
Sumber asal: beritamemey.blogspot.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment