loading...

Sunday, 18 December 2016

Lu Silap Masuk Kampung

1.png

KUALA LUMPUR – Padah mengacu senjata tajam pada kanak-kanak perempuan, seorang penyamun ditangkap dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dalam kejadian semalam, suspek yang dipercayai baru saja keluar dari penjara, ditahan ketika memecah masuk rumah mangsa pada waktu siang.

Menurut sumber, tuan rumah pada awalnya masih boleh bersabar. Namun disebabkan suspek mengacu pisau terhadap anak perempuannya menyebabkan suspek dibelasah. Suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila berjaya ditangkap penduduk di kawasan tersebut.

“Suspek baru keluar penjara tetapi buat hal lagi. Suspek juga mengaku melakukan kegiatan pecah rumah di waktu siang di kawasan Ampang, Bukit Antarabangsa, Keramat, Setapak dan Wangsa Maju,” kata sumber.

Posted by AJ Azril on Saturday, 17 December 2016

Difahamkan, satu barang kemas milik mangsa dilaporkan hilang.

Suspek yang cedera dibelasah sehingga matanya tidak dapat dibuka telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di klinik sebelum dibawa ke balai. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...