Neelofa menafikan hubungan baiknya dengan Vie Shantie Khan, dingin gara-gara penghasilan koleksi mesra solat. Malah, pengacara Meletop itu menegaskan kedua-duanya masih baik seperti biasa dan pernah berjumpa dalam sebuah acara, baru-baru ini.
Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.
Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan I Miss You selain mengajaknya keluar berjumpa, kata Neelofa memetik BharianOnline
Akhbar BH Plus Isnin lalu kononnya perhubungan baiknya dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusoff itu terkesan gara-gara penghasilan koleksi mesra solat. Kononnya, idea asal koleksi terbabit adalah daripada Vie yang juga pemilik jenama VHijrah, namun Neelofa yang terlebih dulu mengeluarkan pakaian muslimah berkenaan.
Sumber asal: izyan.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment