Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh
Published on Dec 16, 2016 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.
Beliau juga berkata Kerajaan Selangor mempunyai hak untuk membantah cadangan persempadanan semula itu.
Mahkamah membenarkan penangguhan itu sementara menunggu pendengaran permohonan semakan semula kehakiman Kerajaan Selangor pada 20 Jan.
Azizul Azmi membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Dr Cyrus dan Datuk S.Ambiga yang mewakili Kerajaan Selangor dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan serta Azizan Md Arshad yang mewakili SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dan setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Abdul Ghani Salleh.
Pagi ini, mahkamah itu membenarkan permohonan kebenaran oleh Kerajaan Selangor untuk mendapatkan semakan kehakiman dan menetapkan 20 Jan sebagai tarikh untuk mendengar merit permohonan semakan berkenaan.
Pada 19 Okt, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan kebenaran bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri di Selangor oleh SPR.
Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.
Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.
Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi. BERNAMA
Tags: Kerajaan SelangorMahkamah TinggiPersempadanan Semula
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 28, 2016
Selangor Dapat Tangguh Sementara Persempadanan
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk mendapatkan penangguhan
Dec 7, 2016
Selangor Umum 13 Disember Hari Kelepasan Am Gantian
KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor mengumumkan 13 Disember ini sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi negeri
Nov 24, 2016
Bantah RUU 355: DAP Wajar Tinggalkan Kerajaan Selangor
KUALA LUMPUR DAP perlu keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu benar-benar membantah tindakan
Post navigation
Previous Story Previous post: Running Man Ditamatkan Penyiaran Feb 2017!Next Story Next post: Petani Kerian Minta Bernas Kaji Semula Kadar Potongan Padi
Terkini dari Politik
Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Dec 16, 2016
Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS
SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Dec 16, 2016
Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14
PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Dec 16, 2016
Pembatalan Undangan Dr. M Bukan Arahan Pejabat PM
PUTRAJAYA Pembatalan undangan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment