loading...

Wednesday, 21 December 2016

Pesawat TUDM Terhempas 1 Maut dan 3 Lagi Cedera

1.png

BUTTERWORTH, PULAU PINANG – Seorang Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala tiga lagi cedera selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas di Pangkalan TUDM, hari ini.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5.20 petang dan difahamkan pesawat Beechcraft King Air 200T berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dan membawa tiga kru udara.

Pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat sebelum terbakar.

2.jpg

Pihak kecemasan berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang cedera. Bagaimanapun, keadaan terkini kesemua mangsa masih belum diketahui setakat ini.

Pihak TUDM yang dihubungi oleh Harian Metro, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...