Petisyen Pembangkang Mahu AS Dedah MO1 Gagal
Published on Dec 25, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
WASHINGTON DC Publisiti pihak pembangkang khasnya Pakatan Harapan diketuai DAP, memang riuh mengenai kes saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu 1MDB.
Kononnya pihak berkuasa AS itu bakal menyita jutaan dolar aset milik pihak tertentu yang dikatakan ada kaitan dengan sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia tersebut sebagai penyelewengan terbesar dalam sejarah dunia!
Meskipun tidak dinyatakan secara terbuka, pembangkang kecoh memainkan isu konon salah seorang suspek dirujuk sebagaiMalaysian Offfcial 1 atau MO1 turut dinamakan DOJ dengan terlibat langsung dalam skandal korupsi itu.
Lebih lucu, pembangkang membuat petisyen konon untuk diserahkan kepada pentadbiran White House di AS bagi mendesak DOJ mendedahkan identiti sebenar MO1 sebagai taktik cuba memburukkan kepimpinan negara sendiri.
Bagaimanapun mereka akhirnya gigit jari apabila melihat realitinya petisyen tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan sekali gus membuktikan rakyat Malaysia tidak berminat dengan permainan politik licik pembangkang.
Usaha mereka menerusi satu petisyen awam bagi menggesa pihak Rumah Putih dedahkan identiti siapa MO1 yang disebut dalam saman sivil DOJ juga jelas tidak dapat sambutan daripada penyokong pembangkang sendiri.
Menurut portal berita AgendaDaily, petisyen selama sebulan dikelolakan Jawatankuasa Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) itu cuma mendapat 25,986 tandatangan apabila ditutup Sabtu.
White House lazimnya hanya melayan sebarang petisyen berkaitan apa-apa isu berkepentingan awam daripada mana-mana pihak di seluruh dunia jika ia berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan.
Situasi itu turut menimbulkan tanda tanya kelesuan sokongan penyokong antikerajaan apatah lagi sebelum ini riuh canang lebih 1.4 juta menandatangani Deklarasi Rakyat diusahakan pembangkang. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: 1MDBDOJWhite House
Anda Juga Mungkin Berminat
Sep 24, 2016
Mahkamah AS Gugur Kes 1MDB Sebab Tiada Asas
WASHINGTON DC Lucu dan karut Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada
Aug 5, 2016
PAS Seru Rakyat Tolak Campur Tangan Negara Asing!
KUALA LUMPUR Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran supaya jangan membiarkan kuasa
Jul 31, 2016
Tindakan DOJ Ke Atas 1MDB Cacat Peg. Kanan Australia
KUALA LUMPUR Langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merampas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan
Post navigation
Previous Story Previous post: Kastam Rampas 37 Kontena Rokok, Minuman KerasNext Story Next post: Nahas Bas: Isteri Pemandu Trauma Ayub Rahmat
Terkini dari Politik
Dec 25, 2016
Israel Balas Dendam Sekat Dana Ekoran Resolusi PBB
TEL AVIV Israel bertindak dramatik membalas dendam dengan membatalkan sumbangan dana Dec 25, 2016
PRU14: UMNO Kelantan Tumpu 3 Parlimen Kelabu
JELI UMNO Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen kelabu di Dec 24, 2016
Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang Perintah Gaya Mafia
GEORGE TOWN Gerakan Pulau Pinang membidas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pulau Dec 24, 2016
AS Izin PBB Henti Penempatan Haram Israel
ATAS inisiatif Malaysia dan tiga negara, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membenarkan Majlis Dec 24, 2016
Sudah 30 Tahun Program Di Iran Berjalan PAS
KUALA LUMPUR Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment