loading...

Friday, 23 December 2016

Respon Siti Nurhaliza Terhadap Sindiran dan 039Kurang Subur dan 039 Jamal Yunos OHBULAN

Isu & Kontroversi

coverjamalsiti

Minggu ini antara topik viral yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sudah tentu insiden Datuk Seri Jamal Yunos muncul dengan hanya bertuala membawa gayung berisi alatan mandian di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor baru-baru ini. Dalam video sidang media yang turut diadakan di hadapan bangunan SUK itu, Jamal dengan penuh emosi meluahkan kekecewaannya terhadap ketiadaan air di Selangor selama beberapa hari, lalu bertandang ke pejabat MB dengan niat untuk menumpang mandi.

Artikel Berkaitan:Viral Jamal Yunos Hadir Bertuala Nak Mandi Di SUK, Ini Pesanan Deep Siti Nurhaliza

Hal tersebut turutmenarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza untukmenyeru orang ramai supaya tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Jamal melalui foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya. Kini, Jamal pula bagi kenyataan balas. Boleh tahan pedas ayat yang diberi, agak-agak Siti terasa hati tak?

Post Siti di Instagram Tentang Jamal

igsiti

Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa

Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol

Pesan Jamal Kepada Siti

jamal-siti2

Melalui laporan sebuah portal tempatan, Jamal mengeluarkan kenyataan melalui kiriman WhatsApp yang berbunyi Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tak berapa subur tu. Atau cari air lain.

Jamal bagaimanapun bukanlah individu pertama mengecam Siti menggunakan modal air ini. Sebelum beliau, pengguna Rafi Awang Kechik turut mengeluarkan kenyataandengan maksud yang lebih kurang sama di laman Twitter.

Sedih dgn kenyataan ini terhadap @CTNurhaliza11 Anak rezeki dari TuhanSiapalah dia utk buat tohmahan begini? http://pic.twitter.com/BbPN6mCqvm

– nick liew kok yeang (@nickliewky) December 22, 2016

Siti Kekal Tenang

takpe dik, biarkan mereka .kata2 org macam ni tak memberi kesan pada saya sbb saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah SWT kurniakan. https://t.co/T5mrWVaFW8

– Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) December 22, 2016

Bila dimention oleh peminat tentang tweet sindiran yang ditujukan kepada dirinya itu, Siti membalas dengan tenang bahawa kata-kata tersebut langsung tidak memberi kesan kepada dirinya.

Eloklah, tak perlu panjangkan lagi hal-hal macam ni. Tak kemana pun perang laman sosial ni. Tak gitu?

Sumber: FMT,@CTNurhaliza11,@nickliewky

Hanan Mansor

Hanan Mansor

Content Champion at Rev Asia Berhad

Hanan Mansor

Latest posts by Hanan Mansor (see all)

  • Respon Siti Nurhaliza Terhadap Sindiran Kurang Subur Jamal Yunos – 23/12/2016
  • Nyaris Buta Secara Tiba-Tiba, Wanita Ini Kongsi Kesan Jangka Masa Panjang Contact Lens – 22/12/2016
  • Niat Nak Meninggal Dunia Di Tanah Suci, Wajah Jenazah Bertukar Waktu Ingin Dimandikan – 21/12/2016
  • Gemuk Salah, Kurus Salah Lagi Luahan Zulin Aziz Yang Sudah Lali Dikecam Netizen – 20/12/2016
  • Abang Sado Tayang Six-Pack Bakal Jadi Trend Bridesmaid 2017? – 20/12/2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name *

Website

2016 OHBULAN!. All Rights Reserved.

Sumber: Ohbulan

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...