loading...

Tuesday, 27 December 2016

Sam syatilia dijangka timang anak lelaki

13725528_1762990357312970_1229819421_n-7

Menjangkau usia kandungan lima bulan, Syatilla Melvin mengakui dirinya tidak mengalami masalah semasa proses kehamilan mahupun mengidam sesuatu yang bukan-bukan. Malah pada ketika ini juga katanya, melihatkan dirinya bayi yang bakal dilahirkan berkemungkinan bayi lelaki.

BACA: Dapat Tahu Syatilla Melvin Hamil, Shaheizy Sam Larang Berlakon

Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan. Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik

Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram, katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Syatillah turut memaklumkan biarpun dirinya kini berbadan dua namun rutin hariannya tidak banyak berubah tetapi kerana usia kehamilan sudah memasuki lima bulan, Syatilla memperbanyakkan rehat serta tidak melakukan kerja-kerja berat. Buat Syatillah, semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan diharap semuanya berjalan lancar. (rkty/w)

adv.php?sid=332179965797



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...