loading...

Saturday, 3 December 2016

saya tiada apaapa hubungan dengan aeril zafrel

14693894_904211253045394_506569839987811

Walaupun pernah menafikan akan bercerai dengan suaminya, Aeril Zafrel, namun pergolakan rumah tangga Wawa Zainal masih hangat diperkatakan umum. Tidak mahu terus menimbulkan fitnah, Ummi Nazeera tampil menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin bersama Aeril hanyalah sebagai kawan rapat, sekaligus menafikan dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta.

BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini

Sejujurnya, tiada apa yang berlaku diantara saya dan Aeril, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi

Interchange-Rotikaya-300x250px.jpg

Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami, jelasnya kepada Kosmo Online.

Dalam masa yang sama, Ummi dalam satu laporan akhbar mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang. Malah hubungan beliau dengan lelaki terbabit juga masih bahagia walaupun timbul gosip percintaan diantara dirinya dan Aeril. Biarpun masih berahsia tentang identiti kekasih, difahamkan kedua belah keluarga sudah mengetahui hubungan cinta tersebut.

Forum-Ads-.jpg

Terdahulu, Wawa dikatakan cemburu melihat lakonan diantara suaminya dan Ummi dalam sebuah drama yang hangat ditayangkan kini. Malah dek kerana pergolakan rumah tangga mereka, Aeril membawa keluarga bercuti di luar negara bagi meleraikan kekusutan. Bagaimanapun, Wawa menafikan perkara berkenaan dan menegaskan perkahwinan beliau masih baik. (rkty/w)



SUMBER
Kosmo Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...