loading...

Monday, 19 December 2016

Spesis baru labahlabah dinamakan sempena Topi Sakti HARRY POTTER

Saintis di India telah menemui satu spesis labah-labah yang baru. Yang menariknya, mereka menamakan labah-labah ini sempena salah satu karakter di dalam filem Harry Potteriaitu Godric Gryffindor. Ia disebabkan labah-labah ini bentuknya menyerupai salah satu karakter dalam Harry Potter iaitu topi sakti yang berfungsi untuk menentukan jenis rumah ataupun kumpulan bagi pelajar baru sekolah ahli sihir Hogwart.

Topi Sakti yang digunakan untuk menentukan rumah(Kumpulan) di dalam sekolah Hogwart

Topi inilah yang akan menentukan sama ada mereka akan berada dalam rumah Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw ataupun Slytherin.

Rumah-rumah di dalam sekolah ahli sihir Hogwart

Spesis terbaru ini berukuran 7mm dan telah diberikan anama Eriovixia Gryffindori, sempena watak Gryffindor iaitu salah seorang ahli sihir hebat hasil didikan sekolah Hogwarts dan juga pemilik asal kepada topi sakti yang digunakan untuk menentukan jenis rumah bagi pelajar baru

Godric Gryffindor

Kami sangat gembira apabila menemui labah-labah yang sama seperti topi sakti yang dipakai oleh ahli sihir(Gryffindor) di dalam filem Harry Potter, Javed Ahmed, ketua kepada kumpulan kajian ketika ditemuramah oleh Times of India

Ketika kecil, saya suka sangat membaca buku Harry Potter. Oleh itu apabila saya terjumpa labah-labah ini, saya ingat ia adalah topi sakti tersebut, Ahmed menambah

Penemuan labah-labah yang hebat ini sebenarnya di jumpai di Hutan Kans kawasan barat Ghats, Karnataka. Ia dijumpai oleh kumpulan yang telah menjumpai 5 jenis spesis labah-labah yang baru pada 2 tahun yang lepas. Kajian mereka telah diterbikan dalam Indian Journal of Arachnology

Sebagai tambahan, makhluk kecil ini mempunyai magic yang tersendiri. Ia boleh menyamar. Bentuk abdomennya yang tiga segi membuatkan ia seakan-akan seperti daun yang kering dan membuatkan ia boleh mengelak daripada pemangsa ketika siang hari

Ahmed juga ada berkongsi perbincangannya dengan penulis buku Harry Potter itu sendiri. Rowling membalas balik dengan berkata

Im truly honoured! Congratulations on discovering another #FantasticBeast!

.@curiocritters Im truly honoured! Congratulations on discovering another #FantasticBeast! http://pic.twitter.com/NJ4Fe27F1r

Sumber: Laman web I Fucking Love Science


Sumber: RootOfSience

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...