loading...

Thursday, 8 December 2016

Tipu Mengaku Mualaf Kutip Derma Minta Simpati Mencecah Rm3000 Sehari

2hjan2X
INDIVIDU dipercayai giat raih simpati orang ramai.

Kuala Lumpur: Baru memeluk Islam 10 hari. Itu antara modal digunakan seorang lelaki untuk meyakinkan orang ramai menghulurkan bantuan kepadanya sejak setahun lalu.

Malah kata-kata pujukan itu menyebabkan individu lain yang bersimpati bertindak memuat naik status di laman sosial dalam usaha menarik perhatian nitizen lain membantu mangsa.


Bagaimanapun penipuan itu terbongkar apabila beberapa penderma menyedari mualaf terbabit masih menggunakan modal sama iaitu baru memeluk Islam sejak 10 hari lalu.

Seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Wafiy, 21, berkata, dia ditegur lelaki mualaf berusia sekitar 30-an itu ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi di sini, Jumaat lalu.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa menghadapi masalah kewangan selepas hartanya dirampas oleh keluarga sendiri susulan tindakannya memeluk Islam.

Sumber : BicaraNework

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...