loading...

Tuesday, 20 December 2016

Ustaz Khairi Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar

2ha5h9M

Allahyarham Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. – Foto Bernama


SEREMBAN: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.

“Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said di sini, 9 pagi esok, kata Abdul Karim Shahimi.

Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan,” kata Tuan Ibrahim. — Bernama

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...