loading...

Monday, 5 December 2016

Zarul berbelah bahagi lepas jawatan pramugara

14607104_1798111023777084_25422169123061

Mempunyai kerjaya di awan biru sejak 16 tahun lalu sebagai pramugara membuatkan Zarul berbelah bahagi untuk melepaskan jawatan itu ataupun mahu menjadi penyanyi dengan sepenuh masa. Bagaimanapun, mempunyai cuti tanpa gaji yang masih berbaki beberapa minggu lagi memberi ruang untuknya berfikir dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

BACA: Azharina Juara Gegar Vaganza 3, Bawa Pulang RM100,000

Pelepasan daripada majikan untuk beberapa minggu lagi adalah masa terbaik untuk saya membuat pertimbangan dan memikirkan secara mendalam percaturan masa depan. Buat masa ini saya tidak dapat memberikan kata muktamad kerana semuanya masih kabur

Saya tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru. Pelbagai aspek perlu dititik beratkan. Sekiranya ada rezeki untuk bergelar penyanyi sepenuh masa, maka akan terlaksana perancangan itu, jelasnya kepda Berita Harian Online mengenai perancangan kerjayanya di masa depan.

Terdahulu, Zarul yang mempertaruhkan lagu Dendangan Laguku dan Gerhana pada malam akhir Gegar Vaganza Ketiga pada tempoh hari telah memenangi tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebidang tanah lot, pakej percutian serta trofi. Manakala tempat juara pula dimenangi oleh Azharina dan dituruti Siti Sarah di tempat kedua. (rkty)

MU-300x250-px.jpg



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...