loading...

Monday, 2 January 2017

8 sudah tampil beri keterangan

2iun3lm

IPOH – Sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda ‘IPOH’ beberapa hari yang lalu sudah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis, pagi tadi.

Lapor Harian Metro, lapan individu yang terlibat tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, jam 10 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung tindakan berani mati yang dilakukan mereka itu.

“Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini, lapan individu yang tampil,” kata sumber kumpulan berkenaan.

Pihak polis semalam meminta kesemua individu yang terlibat dalam aktiviti yang tidak mendapat kebenaran dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Susulan kejadian itu juga, MBI telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan membahayakan diri atau atau orang lain. – The Reporter

Artikel berkaitan:

  • Panjat mercu tanda ‘IPOH’, tak sayang nyawa ke dik?
  • Haa panjat lagi, kan polis dah cari

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...