loading...

Monday, 2 January 2017

Lagi seorang tak sayang nyawa

2iYsqfD

IPOH – Belum reda kes mercu tanda ‘IPOH’ dipanjat sekumpulan anak muda, heboh pula di media sosial satu kejadian yang sama membabitkan seorang lelaki memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di bandar Ipoh, lapor Harian Metro.

Video berdurasi 1 minit 22 saat itu viral di media sosial hari ini, menunjukkan seorang lelaki memanjat sebuah kren sebelum merakam gambar selfie di atas jentera berkenaan.

Posted by Nur Fitri Damia on Monday, 2 January 2017

Ekoran dari tindakan lelaki yang tidak diketahui identitinya itu, syarikat pembinaan tapak berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Bharu, jam 10 pagi tadi.

Pengurus Besar Syarikat Sycal Berhad, Mohd Pauzi Mad Isa berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat kren di kawasan tapak pembinaannya.

2iYtd03

2hFO3fB

“Tindakan lelaki berkenaan adalah menyalahi undang-undang kerana menceroboh kawasan pembinaan tanpa kebenaran. Kami serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam masa yang sama, kami akan menyiasat bagaimana lelaki terbabit boleh memasuki kawasan pembinaan sedangkan ia dikawal oleh pengawal keselamatan,” katanya. – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...