Isu & Kontroversi
Setiap kali berkongsi video Dodi iaitu kucing kesayangan miliknya, gelagat Datuk Aliff Syukri sering membuatkan netizen terhibur. Memang kelakar!
Selain itu Aliff Syukri juga terkenal dengan iklan-iklan produk keluarannya yang menghiburkan. Terbaru atas rasa tanggungjawab, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Nik Mohamad Abduh menegur Aliff Syukri agar menapis iklan-iklan miliknya dan mematuhi syariat agama.
Tapis iklan
Salam buat semua.
Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat DHERBS untuk salah satu produk kecantikannya.
Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.
Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.
Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.
Moga perniagaan berkembang maju
Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.
Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.
Semoga perniagaan Dato Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.
Sumber : Nik Mohamad Abduh
- Bio
- Latest Posts
Wan
Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.
Latest posts by Wan (see all)
- Beliau Memang Terlajak Baik & Mesra Tapi.. Teguran Nik Abduh Kepada Datuk Aliff Syukri – 16/01/2017
- Nice Hair, So Gorgeous! 9 Foto Gaya Rambut Pendek Atikah Suhaime Yang Serius Lawa – 16/01/2017
- Ini Terjadi Bila Anak Tak Pakai Seluar Panjang & Baju Lengan Panjang Ketika Mandi Di Pantai – 16/01/2017
- Keeper Itu Milik Aku! Foto Menarik Sekitar Majlis Pernikahan Mia Ahmad & Izham Tarmizi – 14/01/2017
- Baju So Ketat, Pusat Oh Pusat! Video Tarian Maut Fasha Sandha Undang Kritikan Netizen – 13/01/2017
Leave a Reply Cancel reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
2017 OHBULAN!. All Rights Reserved.
Sumber: Ohbulan
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment