.
.
.
Muawwizatainmengandungi dua surah Madaniyah iaituSurah Al-FalaqdanSurah An-Naasyang mempunyai sebelas jumlah ayat iaitu lima ayat dalam Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas. Kedua-dua surah yang bermaksud seluruh makhluk dan manusia ini juga dipanggilMuawwizatainatauTaawuzkerana mengandungi permohonan perlindungan.
Ia diturunkan apabilaNabi MuhammadSallallahu Alaihi Wasallamselalu berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia, syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.
.
Al-Muawwizatainmempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu Al-Muawwizatain (surah An-Falaqdansurah Al-Naas).(HR Muslim, At Tirmidzi, An Naasai)
.
Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.(HR. At Tirmidzi, dari shahabat Abu Said radhiallahu anhu)
.
.
.
HubunganSurah Al-FalaqdenganSurah An-Naas
.
1. Kedua-duanya sama-sama mengajarkan kepada manusia, hanya kepada Allah SWT kita menyerahkan diri dan mohon perlindungan kita dari segala kejahatan.
.
2. Surah Al-Falaqmemerintahkan kita untuk memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan, manakalaSurah An-Naasmemerintahkan untuk memohon perlindungan Allah SWT dari kejahatan jin dan manusia. Memohon perlindungan kepada Allah SWT merupakan sebahagian dari doa, sementara doa adalah bentuk ibadah yang terbaik.
.
.
.
Kisah Penurunan SurahAl-Muawwazatain
.
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepadaNabi MuhammadSallallahu Alaihi Wasallam. Dia telah mengambil rambut Baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernamaZarwan. Akibatnya, Nabi MuhammadSallallahu Alaihi Wasallamtelah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan Baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).
.
Maka, malaikat Jibrail turun menghadap RasullullahSallallahu Alaihi Wasallamdan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaituSurah Al-FalaqdanSurah An-Naas(Al-Muawwazatain).Baginda bersama para sahabat Baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika dibacakan setiap kali satu ayatSurahAl-Muawwazatain,simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, Baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan:Tafsir Ibn Kathir & Maarif al-Quran)
.
.
.
Keutamaan SurahAl-Muawwazatain
.
Surah Al-Falaqmengajar kita untuk memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan segala makhluk dan juga perbuatan-perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya. manakalaSurah An-Naaspula mengajar kita untuk memohon kepada-Nya dengan perlindungan terhadap bahaya-bahaya batin seperti ancaman dari syaitan mahu pun jin, juga tipu daya makhluk, perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah dan amal ibadat kita.
.
Daripada Ukbah b. Amr. r.a., RasullullahSallallahu Alaihi Wasallambersabda:Wahai Ukbah B Amr. Sukakah kamu kalau aku ajar kamu surah yang Allah tidak pernah turunkan dalam kitab Zabur / Injil ?Aku menjawab;Ya Rasullulah!Sabda Rasullullah;Ya! surah itu adalah Surah Al-Muawwazatain (Surah Al-Falaq & An-Naas).(Hadis di riwayatkan oleh Imam Bukhari r.a.)
.
.
.
Fadhilat Surah Al-Muawwazatain
.
Banyak kebaikan dan kelebihan Surah Al-Muawwazatain(Surah Al-Falaq&An-Naas)ini di antaranya :
.
1. Amalkan membacaSurahAl-Muawwazatain3 kali, setiap pagi dan petang didahului bacaanAl-Fatihahdan surahAl-Ikhlas, InsyaAllah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.
.
2. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:Ingatlah kamu bahawa saya beritahu kepada kamu tentangTaawuziaitu doa memohon perlindungan yang paling berkesan ialah:
( )
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r.a.)
.
3.Surah Al-Muawwazatain(Surah Al-Falaq & An-Naas)adalah perlindung dari segala sihir. Hendaklah membacanya 3 kali pagi dan 3 kali petang. Lebih baikjika 7 kali pagi dan 7 kali petang.
.
4. Abdillah b Khubair r.a. berkata, Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam;Bacalah 3XSurah Al-Muawwazatain(Surah Al-Falaq & An-Naas)pagi dan petang ( 3 X setiap surah ) supaya selamat dari segala kejahatan.
.
5. Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia seperti sihir dan yang seumpamanya, hendaklah membacaSurah Al-Muawwazatainsebanyak 41 kali setiap hari selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut, InsyaAllah akan dapat memulihkannya. Boleh juga digunakan untuk mengubati orang lain
.
6. Sebagai penawar sengatan binatang berbisa, bacalah dua surah (Surah Al-Falaq&Surah An-Naas) yang mulia ini pada air garam, lalu disapukan pada anggota yang disengat itu. InsyaAllah sembuh.
.
7. Saidina Ali r.a. menerangkan; pernah RasulullahSallallahu Alaihi Wasallamdisengat kala/jengking, kemudian Baginda mengambil air garam dan dibacakanSurah Al-Muawwazatainlalu disapukan kepada anggota yang disengat kala tadi.
.
8. Apabila takut dalam kegelapan malam, bacalahSurah Al-Muawwazatain(Surah Al-Falaq & Surah An-Nas)seberapa banyak yang mungkin, InsyaAllah akan terselamat dan menemui jalan keluar.
.
9. Bagi memohon petunjuk jalan ketika sesat seperti dalam gelap atau dalam hutan, bacalahSurah Al-Muawwazatainsebanyak mungkin. Sebaik-baiknya didahulukan dengan azan, InsyaAllah pasti ditunjukkan jalan yang betul.
.
10. Uqbah bin Amr menerangkan,Ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda membacaSurah Al-FalaqdanSurah An-Naasdan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
.
11. SurahAl-Muawwazatainmampu menaikkan semangat keberanian bagi membela kebenaran dari kekejaman, orang zalim, orang jahat dan sebagainya. Bacakanlah surah tersebut sebanyak 100 atau 1000 kali.
.
Danterdapatbanyak lagi kelebihan dan keistimewaanSurah Al-Muawwazatain(Surah Al-Falaq&An-Naas)ini dalamamalanSunnah,sepertimembacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur dan sebagainya.
.
.
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: 1citemalaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment