.
.
.
Surah Al-Muawwizatyang lebih dikenali sebagai3 Quladalah surah-surah yang terdiri daripada SurahAl-Ikhlas(112), surahAl-Falaq(113) dan surahAn-Naas(114).
Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa;Yang dimaksudkan denganAl-MuawwizatadalahsurahAl-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.(Fathul Bari 9/62)
.
Sebagaimana dalam post ana terdahulu, surah An-Naas dan surah Al-Falaq merupakan dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan(Al-Muawwizataini). Kedua Surah ini tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lain.
.
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaituAl-Muawwizataini(Surah An-Naas dan surah Al-Falaq).(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasai no. 944)
.
Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu alaihi wasallammencukupkankedua-duanya denganSurah Al-Ikhlas,sebagai bacaan (wirid) untukmembentengidari pandangan buruk jin maupun manusia.(HR. At Tirmidzi radhiallahu anhu).
.
.
.
FadhilatSurah Al-Muawwizat
.
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkanSurahAl-Muawwizat(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)adalah;
.
- Pelindung / pendinding diri.
- Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
- Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
- Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
- Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
.
.
.
Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat
.
1.Ketika Wirid Selepas Solat
.
1. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits inishahih).
.
2. Uqbah bin Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam berkata:
Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.(HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)
.
.
2. Di Waktu Pagi Dan Petang
.
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca Surah Al-Muawwizat sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.(HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaai no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
.
.
3. Waktu Malam Dan Hujan
.
Surah Al-Muawwizatdigalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;
.
1. Dari Muadz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata;
– – . . . . ( )
.
Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullahshallallahu alaihi wa sallamuntuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda,Apakah kamu telah solat?Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda,Katakanlah. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda,Katakanlah.Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda,Katakanlah.Hingga aku berkata, Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan? Rasulullahshallallahu alaihi wa sallambersabda,Katakanlah (bacalah surah)Qul Huwallahu Ahad, Qul Audzu Birabbil Falaq dan Qul Audzu Birabbinnaas ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.(HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits inihasan)
.
2. Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa Abdullah bin Habib berkata,Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencariBagindalalu bersabda,Katakanlah,maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, Katakanlah, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, Katakanlah, maka, aku berkata, Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan? Nabi menjawab :Katakanlah Surah Muawwizat ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali,makahal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.
.
.
4. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur
.
Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca Surah Al-Muawwizat (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.
.
1.Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.(HR. Al-Bukhari 4630)
.
2. Diriwayatkan dari Aisyahradhiyallahu anhabahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:
( ) ( ) ( )
Nabi shallallahu alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Bagindamengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan Qul huwallahu ahad (surah Al-Ikhlas), Qul audzu birobbil falaq (surah Al-Falaq) dan Qul audzu birobbin naas (surah An-Naas). Kemudian Bagindamengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Bagindamelakukan yang demikian sebanyak tiga kali.(HR. Bukhari no. 5017)
.
.
5. Al-Muawwizat Ketika Perawatan(Ruqyah)
.
Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca Surah Al-Muawwizat (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).
.
1. Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha ada meriwayatkan:
. )(
Daripada Aisyah radiallahu anhaa;Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu- alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.(Hadis riwayat Al-Bukhari)
.
2. Bukhari membawakan bab dalamsahihnya Meniupkan bacaan ketika ruqyah. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan:
.
Dari Aisyahradhiyallahu anha, beliauberkata,Apabila Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam hendak tidur, Bagindaakan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Muawidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Bagindamengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya.Aisyah berkata,Ketika sakit, Bagindamenyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Bagindahendak tidur). (HR. Bukhari no. 5748)
.
.
Wallahu Alam bishowab
(HanyaAllah Maha Mengetahuiapa yang benar)
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: 1citemalaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment