loading...

Wednesday, 25 January 2017

Im a gay and this is not a tweetjack Muat naik status mengaku gay lima tahun lalu ini komen mengejutkan Sufian Suhaimi

black-wallpaper-1%2B%25282%2529%2B-%2BCo

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dirinya gay apabila dikatakan menulis status Im gay and this is not a tweetjack di Twitter yang tular di laman sosial sejak semalam.

Sufian, 25, ketika dihubungi berkata, perkara itu berlaku lima tahun lalu apabila telefon bimbitnya digodam rakan tanpa pengetahuannya.

Ketika itu saya mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris. Pernah pada satu masa saya dan rakan-rakan sekelas bergurau mengenai perkataan gay yang membawa maksud gembira.

Saya bukan orang seperti itu. Kebetulan ketika itu telefon saya mudah digodam dan mereka mengambil kesempatan menulis status itu di Twitter saya.

Saya tak perasan mereka menulis sesuatu yang pelik di akaun Twitter. Sekarang apabila semakin ramai yang mengikuti Twitter saya, baru saya menyedari status itu, katanya kepada Harian Metro.

Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir berkata, walaupun status itu sempat dibuang tapi sudah ramai yang berkongsi dan membuat paparan skrin.

Saya tak terlalu memikirkan perkara itu atau menganggap ia satu masalah serius. Saya tahu mereka pun faham saya pernah melalui zaman remaja.

Perkara seperti menggodam atau mengenakan rakan lain di laman sosial adalah perkara biasa. Lagipun ia menjadi tular mungkin disebabkan saya mulai dikenali ramai.

Saya lelaki normal dan meminati wanita dan salah seorangnya ialah pelakon, Elfira Loy, katanya.

Sumber: Metro

Sumber Im a gay and this is not a tweetjack Muat naik status mengaku gay, ini penjelasan Sufian Suhaimi

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...