loading...

Tuesday, 3 January 2017

Selalu yang ambil kursus kulinari ini sebab itu last resort diorang Harmin Faisal

1.png

KUALA LUMPUR – Kenyataan seorang netizen mengenai bidang kulinari dikecam ramai pengamal kulinari baru-baru ini. Mana tidaknya, lelaki itu mendakwa mereka yang mengambil bidang kulinari ini selalunya golongan yang waktu sekolah tak habis belajar betul.

“Di Malaysia ini, selalu yang ambil kursus kulinari ini sebab itu jadi pilihan terakhir diorang. Saya minat kulinari tetapi saya tahu kalau saya ambil, saya terpaksa berkawan dengan orang-orang bodoh.

“Ini kisah benar. Pergilah mana-mana institusi, orang yang ambil kursus kulinari ini selalunya anak orang kaya yang waktu sekolah tak belajar betul dan orang-orang yang ambil kursus untuk buang masa,” katanya Harmin Faisal.

Kenyataan Harmin yang dimuat naik di ruangan komen Facebook Gags Malaysia itu, mengundang rasa tidak puas hati para pengamal kulinari yang menganggap kenyataan itu satu penghinaan dan memandang rendah bidang tersebut.

1.jpg

2.jpg

Menyedari dirinya dikecam, Harmin menjelaskan bahawa kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua, sebaliknya kepada anak-anak orang kaya yang terpaksa mengambil bidang kulinari bagi mencukupkan kuota.

“Saya maksudkan anak-anak orang kaya yang kena paksa study, geng lepak, geng ambil kulinari untuk cukupkan kuota sahaja.

“Spesis budak-budak yang main-main seperti itulah yang memalukan para chef. Siapa yang makan cili, dia rasa pedaslah,” jelasnya yang cuba meredakan kemarahan para pengamal kulinari. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...