loading...

Sunday, 8 January 2017

Sharifah sakinah suami bakal timang bayi perempuan

15802688_1338667316206927_89276664462180

Hamil buat kali kedua selepas mengalami keguguran tahun lalu membuatkan pasangan, Sharifah Sakinah dan suami begitu teruja menantikan kelahiran anak pertama mereka. Lebih menggembirakan lagi apabila pasangan ini bakal menimang bayi perempuan seperti diimpikan.

BACA: Baby Bump Terserlah, Sharifah Sakinah Hamil Lagi

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tidak memberi apa-apa tekanan. Saya anggap pada ketika itu, tak ada rezeki. Saya lalui kehidupan seperti biasa. Cuma tak sangka, sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu, saya dan kakak, Sharifah Shahirah sama-sama hamil

Suami saya bukan kepalang seronok kerana memang nak anak perempuan. Apatah lagi, dia tidak ada beradik perempuan. Bakal anak saya ini akan menjadi cucu pertama untuk keluarga suami. Sebelah saya pula, ini cucu yang ke-17, katanya kepada Berita Harian Online mengenai jantina anak pertama mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Bakal melahirkan bayi sulung pada Mei depan, Sakinah memberitahu, dirinya tidak mengalami begitu banyak masalah ketika dalam proses kehamilan. Pun begitu, Sakinah akui terdapat masalah hormon yang cukup ketara hingga menyebabkan kulit mukanya bermasalah. Buat Sakinah, semoga kesihatan beliau terjaga dan dapat melahirkan bayi dengan selamat. (rkty/w)

adv.php?sid=332179965797



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...