Biarpun masih berada di fasa bulan madu, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah berdepan dengan soalan zuriat yang sering diajukan bagi mereka yang tidak sabar melihat pasangan ini menimang cahaya mata. Tidak terburu-buru mahupun merancang, Amar akui masih terlalu awal untuk membincangkan tentang perkara ini dan lebih baik menyerahkan kepada rezeki.
BACA: Amar Baharin Bukan Suami Kuat Cemburu
Sebenarnya masih terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam rumah tangga. Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki
Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan, jelasnya kepada Utusan Online mengenai persoalan zuriat yang sering diajukan kepada mereka.
Pasangan ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal November tahun lalu memang menjadi perhatian ramai. Malah boleh dikatakan setiap perkembangan mereka selepas berkahwin juga sering menjadi tatapan peminat kerana hubungan romantis yang dipamerkan. Apapun, rezeki itu kerja Yang Maha Esa, sebagai manusia kita hanya mampu merancang. (rkty/w)
SUMBER
Utusan Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment