loading...

Sunday, 28 May 2017

Akibat Dipaksa Bonda Berpu@sa.. Seorang Kanak-Kanak Tujuh Tahun Meninggal Dunia

Perkongsian tragis ini di lakukan oleh seoraqng pengguna facebook yang bernama Zila(di tulis mengggunakan tulisan jawi di facebook).

Posting beliau mendapat perhatian ramai orang termasuk netizen yang sudah bergelar ibu dan ayah. Posting beliau telah mendapat share sehingga 45,000 .

Masuk bulan ramadhan ini memang ramai yang mahu mendidik anak kecil mereka supaya bertatih untuk puasa bersama dengan orang tua.

Namun ada satu kes yang berlaku di Putrajaya melibatkan seorang murid 7 tahun maut kerana di paksa berpuasa oleh ibunya. Menurut Zila, murid berkenaan sudah meminta izin ibunya untuk minum air kerana tidak tahan namun apa yang di minta oleh ibunya adalah tidur dahulu sementara mahu menunggu waktu berbuka.

Kerana tubuhnya yang lemah di tambah pula cuaca yang tidak menentu, anaknya itu tidur selama-lamanya.

Setelah pemeriksaan di buat, di dapati murid berkenaan terkena serangan strok haba kerana cecair di dalam badan sangat kurang dan haba yang tinggi telah naik hingga ke bahagian kepalanya.

Netizen yang membaca perkongsian itu berpendapat ibu ayah yang mahu mendidik anak kecil untuk berpuasa perlu sensitif dengan keadaan anak masing-masing apatah lagi di waktu cuaca yang tidak menentu sekarang.

Kanak-kanak apatah lagi 7 tahun sangat sensitif dan mudah untuk mendapat strok haba. Mereka juga berharap kes seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada semua keluarga.

PUTRAJAYA. Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang wanita di Facebook.

Laporan kematian murid berkenaan telah mendapat 40,502 shares di laman Facebook dan dapat dilihat gambar berkenaan trending semenjak 22 jam yang lalu.

“Ada satu kes, seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk minum air pada petang itu. Tetapi ibunya menyuruh tidur dahulu. Akhirnya anaknya tidur terus sampai bila-bila.

“Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya budak itu terkena serangan strok haba kerana cuaca terlalu panas dan telah naik ke kepala dan air di dalam badan kurang.

“Motifnya di sini ialah, janganlah kita terlalu memaksa anak kita berpuasa sampai tak bermaya. Sedangkan paksa anak solat itu lebih wajib. Tambahan pula cuaca sekarang tak menentu, bukan seperti cuaca zaman datuk nenek atau mak bapa kita dulu.

“Strok haba ini sangat membahaya pada budak-budak. Ambil iktibar dan jangan nanti menyesal tak sudah,” katanya.

Bagaimanapun, tiada pernah dilaporkan murid tahun satu meninggal dunia akibat diserang strok haba akibat berpuasa.

Tinjauan di Facebook wanita itu juga mendapati, ramai pengguna Facebook yang telah menghantar permintaan untuk menjadi rakan mayanya sebanyak 600+ permintaan. KREDIT PENHIJAUDAUN

ps:/ walaupon cerita ini berlaku pada tahun lepas, semoga kejadian sama tidak berlaku lagi pada tahun nie….semoga jadi pengajaran kepada semua..

Anak2 teman dah mula puasa sejak umur 5thn.Tak paksa sekadar mendidik dan mengenalkan PUASA untuk mereka.

Mula2 banyak kerenah,lama2 dah ok dan berjalan seperti biasa.

Artikel ni buat teman seriau!

Teman tak le terfikir sampai ketahaf ni.teman sekadar nak dia puasa,jika tak tahan…dia boleh makan.

No problem.

Anak kat atas tu mati sebab kena stroke haba.

Baru2 ni je keluar istilah2 ni..

Sejak 47thn,teman tak pernah tahu mengenainya.

Jarang sebab PUASA  orang MATI.

Amat jarang sekali.

Akan tetapi…jika kita baca ceritanya.

Kita kena faham…tiada yang mustahil dalam dunia ni.

Jika anak2 minta air…..

Kita lihat dulu keadaannya.Jika masih boleh melenting!maknanya tenaga dia masih banyak,dan kita tak usah layan.

Tapi…bila kita tengok keadaan dia semacam je…

Batalkanlah PUASAnya,kita orang tua pun tak sanggup berlapar dan berdahaga,apatahlah lagi mereka.

Ramai orang kata atau nasihat dari para ustaz2.

Ajar anak solat dulu,PUASA tu kemudian.

Bila anak2 dah faham tentang solat,secara semulajadi dia akan berpuasa kelak.

Ibu!boleh tak saya tak puasa?

Teman jawap…kenapa?

Saya saja saja tak nak puasa….

Teman jawap…banyak cantik!

Dia akan ketawa dan tinggalkan teman.

SAH!dia sekadar mencuba nasib.Jika mungkin teman baik hati…teman akan beri dia berbuka.

Masalahnya?

Dia sihat dan tak melepek.Dia masih boleh lari2 sana sini,masih boleh jalan2…

Bagaimana mungkin teman nak batalkan puasanya?

Semalam,dia kata dengan teman…

Saya nak puasa penuh tau ibu?

Teman hanya jawap…OK!

Nanti ibu beri saya duit tau!

Teman jawap..OK!

Setiap kali balik sekolah,dia akan kata pada teman….

Budak2 tak faham,masih minum air depan dia.

Teman kata…beritahu cikgu.

Cikgu dah bagitahu….tapi diaorang degil.

Teman kata…alahai…biarlah diaorang minum,adik kan puasa.Adik jangan tengoklah diaorang minum!

Tapi…diaoarang minum depan saya ibu!sepatutnya diaorang minum lah kat belakang.Saya bencilah dengan kawan2 tu!

Teman jawap tak baik macam tu,kanak2 kat Syria,kat Gaza…semua puasa tak makan makan!ibu tengok diaorang OK je…

Dengan muka masam mencuka dia jawap…

IBU NI!HISHHH!

Mulai esok..

Teman tak mahu le tegas sangat.Cuaca memang panas.Tiada fatwa baru…

Yang boleh mengizinkan kita berbuka sesukahati.

Kecuali kita dalam keadaan darurat.

Jika tak daya…

Bukalah!nanti dah sihat…GANTILAH!

Ini untuk kita…

Untuk Aaliya…

Jika tak larat…

Adik minum lah dik…

Jangan dipaksa berpuasa ,,sehingga kita lupa yang kanak2 tu masih ahli syurga.

Tak puasa pun masih mampu jadi penghuni syurga.

Takziah untuk arwah…

Semuga ALLAH akan menempatkan dia di kalangan orang2 beriman.

Sumber : ceritasetiaphari2012

0 comments:

Post a Comment

loading...