Aku Dapat Awek Johor.Selepas 2 Bulan Kenal.Satu Malam Kejadian Ini Buat Ramai Terpana !!! | Sebenarnya aku serba salah. Kalau aku cerita guna nama sebenar, mesti ada kawan-kawan aku tahu aku yang tulis cerita-cerita ni. Tapi, untuk mengelakkan aib atau rasa kurang senang untuk insan-insan yang terlibat dalam cerita-cerita aku ni nanti, terpaksa la aku tukar nama-nama sebenar. Nama aku takpe la aku guna nama sebenar sebab tak boleh nak elak, mesti ada jugak yang kenal aku nanti.
Cukuplah mukadimah banyak ni. Jom kita layan pengalaman aku di salah satu kem PLKN di Pahang.
TAHUN 2006:
Selepas tamat SPM , aku ditawarkan untuk menghadiri latihan di kem PLKN yang terletak di negeri Pahang, iaitu negeri kelahiranku sendiri. Rasa gembira dan teruja sebab aku memang nak sangat pergi PLKN ni. Takut? tak la takut sangat sebab aku memang dah biasa ikut abah masuk hutan, tidur dalam hutan , menyusuri sungai malam-malam tahan pukat. Mula-mula je seram. Kalau dah biasa tu tak la rasa apa dah.
Berbalik kepada PLKN tadi, aku terpilih untuk sesi kedua siri ketiga . Jadi, cerita ni berlaku anggaran bulan March hingga Jun. Aku pon tak berapa pasti sebab dah 11 tahun lebih berlalu. Kem PLKN yang menempatkan aku ni terletak di dalam hutan dan tak jauh sangat la daripada tempat Air Terjun yang selalu orang pergi tu. (mungkin ada yang dapat agak dah kat mana kan?)
Semuanya berjalan lancar pada awalnya, walaupun ramai pelatih yang datang ni terpaksa datang. Tak macam aku yang memang nak sangat datang. Bahagian asrama kitorang ni dah macam rumah panjang , Cuma diperbuat daripada batu bata,simen dan elok terletak atas tanah. Asrama ni kitorang panggil ‘dorm’. Setiap kompeni akan ada dua dorm yang lebih kurang boleh muat 25 orang setiap satu. Bilik air pulak ada kat belakang dorm dan belakang bilik air tu hutan tebal. Kalau tengok permandangan tu pada waktu malam memang menyeramkan la. (maaf kena cerita detail sebab kejadian ni berlaku kat dalam kawasan dorm dan bilik air ni).
Aku ditempatkan dalam kompeni Alfa dan berada di dorm kedua. Katil aku berada di tengah-tengah dorm tu. Kira tak la risau kalau kena kacau sebab mesti kawan aku yang lain dulu akan kena sebab diorang lagi dekat dengan pintu. ( ni pemikiran aku masa tu.padahal hantu ni kalau nak kacau, ikut suka dia la nak kacau siapa pon.korang tu kalau yang dok dalam asrama yang ada ramai kawan, jangan nak yakin sangat la benda tu tak kacau korang dulu taw? Kalau dia berkenan nak kacau korang,korang la yang kena. Kalau tak percaya, cuba tanya hantu yang ada bawah katil korang tu. Hahaha)
GEMPAR!!!
Pada suatu hari ni ,gempar satu kem yang ramai pelatih kena gangguan malam tadi. Pelatih perempuan ada yang kena histeria la. Yang pelatih lelaki ni kena baling batu masa keluar dari bilik air semasa dalam perjalanan masuk ke dorm. Kalau dari tepi tu mungkin kawan-kawan nak sakat. Kalau dari atas bumbung bilik air, siapa lagi nak sakat??? Haaa…korang fikir la sendiri yer…. mestilah yang rambut panjang, berbaju putih dan mempunyai suara yang lunak sangat tu… mencicit budak tu lari masuk bilik. Kejadian ni membuatkan kawan sebelah katil aku ni kerisauan. Dia dah la penakut.
Ewan : “Weyh Zul…aku takut la…ko dengar kan cerita pasal gangguan malam tadi?”
Aku : “hem… ada la jugak aku dengar cerita. Pasal kes histeria dengan baling batu tu ke?”
Ewan : “haaaa…yang tu la….ada lagi satu paling aku takut bunyi atap zink dorm kita ni kena cakar malam tadi!”
Aku : “Aik! Bila masa pulak? Aku tak dengar pon?”
Ewan : “kau nak sedar macam mana, kau tu tidur mati punya orang! Kalau bom meletup pon kau belum tentu bangun lagi!Punya la kelam kabut malam tadi kau boleh tak sedar?”
Aku : “laaaa… ye ke? Pastu? Apa jadi ? macam mana boleh reda?”
Ewan : “ mula-mula ‘benda’ tu dok berlari je atas atap ni. Lepas tu ‘dia’ cakar dari hujung dorm sana tu, sampai hujung dorm sini.seriau beb!!! “
Aku : “ Kucing kot….”
Ewan : “Kucing tengkorak kau!!! Atap kita ni tinggi. Kucing mana sampai nak panjat!Bila dah tak tahan sangat, si Dollah imam surau tu launglah azan. Pastu pakat ramai-ramai baca ayat Kursi. Baru la reda sampai ke pagi.”
Aku : “em….kalau kau takut sangat, aku tolong ‘pagar’kan dorm ni nak? Biarlah dia pergi kacau dorm lain pulak.Asalkan bukan dorm kita.”
Ewan : “Eh!kau pandai ke pagar-pagar ni?”
Aku : “ Insha Allah. Aku cuba. Kita minta bantuan daripada ALLAH…”
Maka lepas asar tu,sebelum waktu maghrib menjelma,aku dah siap-siap mandi dan ambik wuduk. Sebelum melangkah ke surau, aku sempat ‘pagarkan’ dorm kitorang tu. Aku mulakan dengan bacaan Alfatihah dan Ayatul Kursi dengan niatkan dalam hati semoga ALLAH lindungi dorm kami daripada gangguan makhluk halus. Bacaan ayat Kursi tu aku ulang dan ulang sehingga la lengkap satu pusingan. (Masa aku ‘pagar’ dorm ni aku berpura-pura macam sedang meronda-ronda. Bukan apa, aku tak nak ada pulak kawan yang tegur aku nanti. Kalau tak, tak jadi la ‘pagar’ tu kalau aku bercakap.) Dan masa ni aku tersalah percaturan. Aku tak tahu yang tindakan aku ‘pagar’ dorm tu hanya memburukkan lagi keadaan….
AMUKAN BERMULA!!!
Usai solat maghrib kat surau, aku pon berjalan balik ke dorm. Dari kejauhan aku tengok ramai giler pelatih berkumpul keliling dorm kitorang tu. Terus aku berlari-lari anak menuju ke dorm. Aduh!macam nak nampak, takde ruang nak cilok pon. Tiba-tiba aku terpandang si Ewan ni yang dok menyandar kat dinding dorm sebelah.Terus la aku pergi kat dia untuk dapatkan penjelasan.
Aku : “Ewan!! Weyh…kau ok tak ni?apa jadi ni?”
Ewan : “Fuh!!! Zul…kau rupanya…terkejut tadi tak hilang lagi,kau bagi aku terkejut lain pulak!”
Aku : “Okay, kau tarik nafas dalam-dalam dulu.kau cerita satu per satu.”
Ewan : “hem…….Iman tengah mengamuk tu Zul… Lepas je dia bangun tidur masa maghrib tadi, dia terus melompat-lompat. Selamba je dia tumbuk cermin dorm kita, lepas tu dia kunyah kaca-kaca tu.
Takut aku Zul! Mata Iman tu jadi merah macam nak terkeluar, dia lompat sana sini langgar dinding dorm tu. Laju giler dia gerak weyh. Jenuh kawan-kawan kita nak tangkap. Si Bazli yang kamceng dengan dia pon terpelanting bila cuba tenangkan dia tadi.”
GEDEGANGGGG!!!!!GEDEGANGGGGG!!!!!!
Tersentak aku. Terhenti sekejap perbualan aku dengan Ewan tadi.Aku pandang ke arah dorm. Memang ada kelihatan cermin-cermin dorm yang pecah akibat penangan Iman tadi. Aku pelik jugak kenapa dia asyik langgar dinding je. Kenapa la tak keluar je elok-elok ikut pintu. Buat sakit badan je. Aku pon sambung perbualan dengan Ewan yang terkandas tadi.
Aku : “habis tu, takde ke mana-mana ustaz datang? Cikgu-cikgu kita? (kitorang panggil jurulatih dengan panggilan cikgu)
Ewan : “Ada dah cikgu-cikgu kita kat dalam. Buat masa ni Cikgu Mat tengah cuba kawal keadaan si Iman tu.”
Tiba-tiba Cikgu Mat keluar. Dia tenung aku tajam. Cuak aku dibuatnya. Dah la Cikgu Mat ni antara Cikgu yang paling garang. Dengan misai tebal yang berpintal-pintal. Siap pakai spek hitam lagi malam-malam. Cuma malam ni dia tanggal spek hitam dia. Tu la yang makin seriau tengok dia tenung.
Dia tenung aku lepas tu dia buat isyarat kerlingan mata kat dalam dorm. Jenuh jugak aku fikir. Lepas tu baru la aku teringat. Masa aku pagar dorm ni tadi, si Iman ni tengah tidur. Mungkin dia ada ‘sesuatu’ yang dia sembunyikan selama ni. Aku pon pandang ke arah Cikgu Mat tadi sambil menganggukkan kepala. Aku faham dah sekarang. Maksudnya ‘benda’ tu mengamuk nak keluar dari dorm tu sebab dia kepanasan kena pagar dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang aku guna semasa operasi memagar dorm tadi.
Aku pon mula duduk sambil menundukkan kepala. Aku pejamkan mata dan mula berniat untuk membuka kembali ‘pagar’ yang aku pasang tadi. Aku bacakan semula Alfatihah dan Ayatul Kursi sebanyak yang aku bacakan petang tadi. Tiba-tiba, aku dengar suara seorang pelatih ni menjerit.
“ Woi koranggg…tengok sini, ada sorang lagi kena sampuk ni”
Aku bukak mata. Aku nampak si Ramesh ni dok tunjuk-tunjuk ke arah aku. Hish! Potong stim betul la mamat India ni. Aku nak buat kerja pon tak senang. Nasib baik la tak ramai yang dengar suara dia sebab kitorang duduk jauh sikit dari tempat kerumunan orang tu. Aku pon buat isyarat dengan meletakkan jari telunjuk di bibir menandakan suruh dia diam. Lepas tu aku tunjuk jari kat arah dorm tu. Lepas tu baru dia angguk. Paham la gamoknyer mamat ni….
Aku pon teruskan bacaan ayatul Kursi hinggalah ke bacaan yang terakhir. Tiba-tiba keadaan senyap sunyi seketika. Sudah tidak kedengaran lagi amukan si Iman tu. Berdesup!!!!!aku nampak ada benda putih terbang menembusi atap dorm kitorang tu. Alhamdulillah….semuanya sudah berakhir. Aku nampak seorang demi seorang jurulatih keluar dari dorm tu. Aku ikut arah Cikgu Mat berjalan. Dia menuju kat astaka di dataran kawad. Berdepan dengan dorm kitorang tu. Aku nak tahu la kisah sebenar.
Aku : “assalamua’laikum Cikgu…”
Cikgu Mat : “wa’alaikummussalam…haaa….kamu…saya tahu kamu yang pagar dorm tu kan?”
Aku : “ ya cikgu.saya tak tahu la boleh sampai jadi macam ni. Saya cuma kesiankan kat kawan saya tu. Dia takut kena gangguan makhluk halus. Saya tak tahu pulak ada pelatih yang ‘membela’ benda tu.
Cikgu : “hem….budak tu dari Johor. Ada tempat-tempat di Johor masih mengamalkan ritual ni. Kuda Kepang. Ianya bukan sekadar tarian semata-mata. Ada pendampingnya sekali. Itu yang membolehkan mereka buat aksi-aksi yang luar biasa tu. Dan kamu yang tak cukup ilmu ni pulak pergi pagar dorm ni. Kalau ilmu belum penuh di dada, jangan berani cuba lawan benda-benda macam ni. Saya tahu kamu pandai mengaji. Tapi, itu belum cukup. Jiwa kamu kena mantap! Kalau ilmu kamu cukup, kamu mesti dah lama tahu yang budak itu ada pendampingnya.”
Panjang lebar aku kena leter malam tu. Memang salah aku pon. Main pagar je tanpa periksa dulu keadaan dalam dorm. Aku pon minta maaf kepada Cikgu Mat lalu meminta izin untuk balik ke dorm. Sebelum aku meninggalkan Cikgu Mat , beliau sempat berpesan supaya aku memantapkan kerohanian aku. Jarang untuk dapat anak muda yang minat dan pandai hal-hal sebegini.
Malam tu majoriti penghuni dorm Alfa 2 takut nak tidur dalam dorm tu. Diorang pakat imagine yang si Iman tu kena rasuk lagi,kemudian pecahkan kaca dan kelar diorang sorang-sorang.hahaha aku gelak dalam hati je la. Nanti karang kecil hati pulak diorang. Aku pon ikut diorang tidur di dorm Alfa 1 malam tu. Memang confirm ramai yang tak tidur nyenyak malam tu. Sampaikan nak pergi kencing pon berteman dua tiga orang. Mesti diorang dok terbayang wajah iman yang berkepala botak dengan mata merah menyala tengah pandang diorang sambil genggam kaca kat tangan…
Pengajaran : banyak lagi ilmu yang baik untuk kita pelajari.jauhi ilmu hitam….
#PANGRIMAU : HANTU TANPA BADAN!!!
Kisah ini tak serumit kisah tadi. Cuma ianya berlaku semasa perkhemahan kitorang di dalam hutan depan Kem tersebut. Program kali ni dipanggil “Program Jati Diri”. Yang bagusnya program ni semua pelatih diajar bagaimana ikhtiar hidup didalam hutan. Bermula program pagi itu semua pelatih diasingkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan peta dan kompas. Siapa-siapa yang tidur masa taklimat memang ada peluang la sesat dalam hutan tu.
Perjalanan kami siang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa kali sesat. (lancar tanpa gangguan binatang buas dan makhluk lain).Sehinggalah kami sampai ke check point yang ditetapkan. Kumpulan kami antara kumpulan yang sedikit lewat sampai berbanding yang lain. Jurulatih pon suruh kami pasang khemah masing-masing. Kalau semua dah siap, boleh la pergi mandi di sungai berhampiran. Best weyh…. Mandi air sungai jernih…sejukkkk… memang pakat seronok la petang tu. Siap je mandi dan solat, kena la bahagikan tugas. Ada yang kena cari kayu api dan yang kena masak. Jurulatih bagi masa yang terhad. Kalau lambat siap,lambat makan, lambat la kami rehat. Kami dimaklumkan yang malam ni ada aktiviti ‘Night Walk’ yang betul-betul meletihkan.Disinilah cerita yang seram sejuk ni berlaku….
Lebih kurang jam 9.00 malam waktu tu, kami dikumpulkan di satu kawasan lapang. Malam tu boleh tahan cuacanya sejuk. Mungkin sebab dalam hutan dan berdekatan dengan sungai. Apabila dah cukup semua pelatih berkumpul, kami pon diarahkan bergerak secara beratur memanjang mengikut Cikgu Din yang berada didepan sekali. Perjalanan kami pada mulanya agak mudah, hanya melalui denai laluan bekas semak yang dipijak orang asli. Hampir sejam berjalan di darat, kami dibawa berjalan menyusuri sungai. Pegrhhhh!!! Sejuk giler kate koi!!!! Haaa… keluar dah loghat Pahang aku. Aku rasa bukan aku sorang saja dah menggigil, confirm semua rasa yang sama. Sambil-sambil merentasi sungai tu aku pandang la sekeliling. Malam ni bulan mengambang penuh. Tak la gelap sangat.
Kami diberi amaran, jangan ada yang berani bawak lampu suluh. Cukup la jurulatih je yang pegang. Diorang cakap setiap satu kilometer akan ada obor. Tu dah cukup terang. (okay.kat sini aku nak buat pengakuan.aku dah standby lampu suluh yang kecik macam laser budak-budak selalu main tu. Aku tak nak ambik risiko sesat dalam hutan malam-malam buta ni.Sory cikgu yer…)
Selepas hampir 3 jam berjalan, kami pon sampai di check point yang ditetapkan. Masa sampai tu ramai yang tak tahan nak terkencing. Nasib baik la pelatih-pelatih perempuan berada di bahagian depan. Yang pelatih-pelatih lelaki ni ambik peluang melepaskan hajat masing-masing di semak-semak berdekatan. (tolong jangan tiru aksi ni.hehehe) Selang beberapa minit berehat, Cikgu Din buat pengumuman.
“Assalamua’laikum dan salam sejahtera! Tahniah sebab kamu semua sudah sampai di pertengahan aktiviti kita pada malam ini. Selepas ini adalah kemuncak aktiviti kita! Setiap seorang daripada kamu akan dilepaskan setiap 3 minit seorang! Kamu semua dikehendaki berjalan menyusuri hutan ini! Jangan risau! Ada tali di tepi laluan ni. Akan ada 3 obor menanti kamu dan obor ketiga itu adalah check point terakhir!”
Maka berpotpet-potpet la semua orang. Yang perempuan ade dah yang menjerit tak nak buat! Yang lelaki pon ada jugak. Dan orang itu semestinya Ewan! Hahaha ( tak baik ketawakan insan yang lemah tau?) jurulatih tak peduli pon rungutan kami. Maka, tepat jam 12.00 tengah malam, seorang demi seorang dilepaskan. Setiap beberapa minit mesti je ade dengar suara-suara jeritan pelatih.
Kini tibalah giliran aku dipanggil…. dengan lafaz bismillah , aku pon mula melangkah. Aku berjalan sambil pegang tali yang Cikgu Din maksudkan tadi. Aku pandang arah hadapan aku, memang kosong.gelap. memang tak nampak siapa pun.3 minit tu rupanya cukup lama untuk memisahkan jarak diwaktu malam. Sedang asyik aku berjalan sambil pegang tali tu ,tiba-tiba tali tu hilang! Terkejut beruk la dibuatnya. Sayup-sayup kat hadapan sana baru ada nampak cahaya. Baru aku faham pasal jeritan tadi. Ni mesti ada kaitan dengan tali yang dah putus sekerat jalan yang memang dirancang oleh cikgu-cikgu. Aku pon sambung berjalan sambil berzikir. (cuak gak weyh…berjalan dalam hutan seorang diri.korang rasa???)
Aku rasa dah lama aku berjalan,baru satu obor je aku jumpa. Tapi, aku malas nak fikir sangat. Sampai je kat kawasan pokok-pokok buluh, aku nampak ada sesuatu yang berjalan dari arah hadapan aku. Makin lama makin dekat. Bila dah makin dekat tu baru nampak dengan jelas yang sepasang kaki berseluarkan corak askar sedang melangkah. Aku ulangi lagi, SEPASANG KAKI! Badan takde la weyh!!! Kepala apatah lagi…. Kaki tu sampai pinggang je. Aku tak fikir panjang dah, terus aku jalan laju-laju sambil baca ayat Kursi. Aku tak nak fikir dah yang kaki tadi tu ikut aku ke tak. Aku teruskan berjalan sampai lah di check point terakhir.
Fuhhhh!!!! Lega hati ni selega-leganya….memang pengalaman yang menyeramkan bagi aku. Lama jugak aktiviti tu. Lebih kurang jam 3.45 pagi aku sampai di khemah. Memang ada lah yang kena histeria,sesat. Tapi, yang tu semua dalam kawalan para jurulatih. Aku yang keletihan yang amat sangat ni masuk khemah, terus tidur!
Keesokannya barulah Cikgu Din bagi penerangan. Tali yang mula-mula kami pegang tu ibarat panduan hidup kita. Bila kita hilang panduan, macam mana kita nak teruskan kehidupan kita? Malam tadi adalah cerminan untuk diri masing-masing. Sejauh mana kita mampu hadapi ranjau hidup kita tanpa panduan? Haaa… ni salah satu sebab aku suka PLKN ni. Setiap aktiviti akan ada saja moralnya. Yang penting aku dapat kuatkan lagi semangat aku!
Sekian saja cerita aku daripada pengalaman sendiri. Ada la sikit tambah-tambah untuk melancarkan lagi cerita ni. Maaf la kalau tak seram yer… Pangrimau undur diri. Nantikan pengalaman-pengalaman seram di UiTM Arau sepanjang aku belajar kat sana dari Disember 2006 hingga Mei 2013. Nasib badan la diploma dan ijazahkena kat tempat yang sama. Sampai jumpa lagi. Wassalam…
0 comments:
Post a Comment