VIRAL mengenai pendedahan seorang wanita yang ternampak seorang lelaki membuka zip seluar dan melihat lelaki itu menyelak baju budak perempuan 5 tahun di belakang rumahnya. Berikut kronologi update Puan Zarra Asyaari mengenai kejadian yang berlaku di hadapan matanya sendiri:
SEMASA KEJADIAN (20/6/2016):
Ni pandangan dari dalam umah saya… dan luar umah saya… laki tu betul-betul hentikan moto di hadapan tong sampah umah saya… minta semua ibu bapa berhati-hati selalu baca paper… tengok berita… harini berlaku depan mata saya…. tadi dalam pukul 11.30 AM ke dapur siapkan bekal untuk di bawa ke sekolah… uzma 5 tahun… masuk sekolah jam 12pm…. masa tengah siapkan… tetiba ada seorang lelaki bawa seorang budak perempuan umo dalam lingkungan 4 or 5 tahun…. berhenti betul belakang umah saya…. budak tu diri depan moto… moto macam skuter la… sambil beg sekolah di belakang badan…. laki tu alihkan beg budak tu sambil mata dia pandang kiri kanan… dia tak nampak saya… sebab cermin dapur memang gelap… dari dalam je boleh nampak…. lepas dah alihkan beg budak tu… dia buka zip seluar dia .. dia angkat baju budak tu pastu dia nak tarik kain budak tu… saya jerit sekuat hati saya… sambil tangan tepuk-tepuk cermin umah saya… saya menggigil sambil menangis… sebab saya takut sangat masa tu …. laki tu terkejut.. sambil mata pandang kiri kanan.. mungkin dia tengah cari dari mana suara saya tu.. lepas tu dia terus pecut moto dia….ya Allahhhh
UPDATE 1:
Selepas kejadian pagi tadi… saya terus buat report Polis… saya tunggu sehingga petang… masih tiada lagi panggilan dari pihak Polis…. jam 12 PM… saya terima panggilan dari cikgu tempat sekolah uzma anak saya… kata cikgu anak saya… beliau dah check uniform budak perempuan yang saya bagitau kat mereka…. kata cikgu dari segi uniform yang dipakai oleh budak tersebut adalah dari sekolah berdekatan umah saya… tanpa berlegah… saya capai tudung dah terus ke sekolah tersebut… saya tanya abang guard yang keje kat sekolah tu… memang sah pakaian yang saya cakap tu adalah dari sekolah tersebut… saya pun jumpa cikgu-cikgu dalam sekolah tu… dan ceritakan apa yang saya nampak… cikgu-cikgu kata semua murid pra sekolah naik van… hanya 4 orang murid sahaja yang dijemput sendiri oleh parent diorang…. cikgu tu kata dia ada kenal seorang budak perempuan ni… selalu dijemput oleh seorg lelaki… tak pasti abang ke pakcik ke or whatever lah…. menurut cerita cikgu tu lelaki yang selalu menjemput budak tu kurang siuman. ya Allah…. boleh ke camtu
jadi cikgu tu tolong saya call ibu dia tapi tak dapat… saya pun balik…. lepas 2 jam pihak sekolah tu call… mengatakan ibu budak tu busy… tapi cikgu tak cite lagi apa kes… dan menurut cikgu tu dia dah siasat no plat moto merah yang saya cakap tu… cuma salah 1 angka je… yang lain semua betul…. cikgu tu bagitau saya pasal ibu dia niaga di 1 tempat ni.. (saya hidekan tentang kluarga ni ya). saya minta tolong sahabat-sahabat saya… mereka ke tempat tersebut… ya Allah memang ada moto tu…. terima kasih Ana Rusli tolong akak tadi..
UPDATE 2:
Misi bergerak dengan lancar…saya dah kenal pasti si pelaku tu Doakan saya….
UPDATE 3:
Assalamualikum warrohmatullahiwabarokatu….. sebelom saya ingin menceritakan lebih panjang saya minta maaf… saya hide kan tempat sekolah mangsa… keluarga mangsa dan si pelaku….
Allahamdulilah…. kes telah berjalan dengan lancarnya…. tadi saya berada di sekolah saya dah tengok adik tu… saya tengok beg dia… saya sedihhh sangat.. saya nak peluk dia… saya nak cakap ngan dia… adik dah selamat….
Paling menyedihkan saya… apabila kanak-kanak tu bagitau cikgu dia kat belakang sakit macam rasa cucuk-cucuk…. ya Allah… semasa saya berada di sekolah tersebut bapanya ada di bilik Pengetua sekolah… Pengetua telah maklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu…
Yang paling saya tak dapat terima si pelaku ada pertalian saudara dengan kanak-kanak tersebut… apa yang saya marah sangat bapanya suruh saya menarik balik report yang saya buat… kerana ingin menjaga nama baik keluarga… ya Allah… saya minta maaf… saya tak dapat nak tarik balik report ni…. saya serahkan semua pada pihak Polis…
Tugas saya dah selesai…. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang follow dan pm saya tak henti-henti… yang doakan saya… tak putus-putus bagi kata-kata semangat…. terima kasih juga pada sahabat kota saya… cikgu-cikgu yang membantu…. ada hikmah di sebalik kejadian ini…. berlaku di depan mata saya sendiri… Allahuakbar…..
sumber: thealternatif.com
0 comments:
Post a Comment