Assalamualaikum to admin and readers. Thanks kalau cerita aku ni tersiar. Well confession ni bukan untuk cerita pasal aku, tp untuk cerita pasal seseorang yg sangat istimewa dalam hidup aku, Lina nama diberi.
Gambar Sekadar Hiasan
Aku dengan Lina memang boleh kira dari kecik dah bersama. Kitorang sebaya, duduk sekampung. Memang kitorang rapat dari kecik lagi. Sekolah sama, main sama2, senang cerita memang rapat la. Sikit info pasal Lina, dia anak bongsu dari 6 orang adik beradik. Dan adik beradik dia semua lelaki. Mak Lina ni dah meninggal masa umur dia 4 tahun. Jadi dia memang dibesarkan dalam rumah yg dipenuhi lelaki sahaja. Jadi korg paham2 jela macam mana perangai si Lina ni kan. Yes, dia kasar. Perwatakan macam lelaki. Tomboy la senang cerita. Dari kecik sampai besar perangai kasar dia ni memang tak hilang.
Si Lina ni memang rapat dengan aku. Sebab rumah kitorang dekat, so selalu la main sama2. Aku dengan kawan2 aku mandi sungai, terjun lombong, mancing, lastik burung, masuk hutan semua dia ikut. Sampai satu tahap Lina ni boleh kalahkan kitorang yg lelaki ni melastik la. Dia lagi terror. Malu betul kitorang. Masa dia kecik memang takde langsung rupa pempuan. Gaya dia, cara cakap dia, cara jalan dia memang tak feminin langsung. Masa sekolah rendah dia dengan rambut pendek bawak beg silang memang sekali imbas macam jantan la. Nasib baik pakai baju kurung. Kalau tak memang orang ingat dia ni lelaki la.
Masuk sekolah menengah, kitorang still satu sekolah. Naik form 1 dia dah mula pakai tudung. Tapi korang paham2 jela mcm mana rupa dia. Memang selekeh habis. Tudung senget benget. Anak tudunh terkeluar tutup dahi..hahaha. kelakar gila bila aku teringat balik rupa dia masa tu. Yelah dalam rumah dia tu dia sorang je pempuan. Ntah ayah dia ke abang2 dia ke yang pakaikan dia tudung tu aku pon tak tau. Tapi memang kelakar. Masa sekolah menengah ni dia nampak je ayu bertudung bagai, tapi perangai still macam tu lagi weh. Kasar gila. Dia penah hempuk budak sekelas dia dengan kamus oxford tu sebab budak tu kutuk dia. Punyalah garang. Masa ni aku selalu la kacau2 dia. Bagitau dia “kau ni sampai tua la takde orang nak. Perangai mengalahkan jantan!” Dia gelak je masa ni. Korang nak tau dia jawab apa masa ni? “Alah takde laki nak kat aku pon aku tak kesah la. Susah2 sangat nanti aku masuk la minang kau. Biar kau jadi bini aku”. Kuang ajo betul dia ni. Geram je aku. Tapi disebabkan dia lagi gengster dan lagi kuat dari aku tak berani aku nak melawan..hahaha..
Dipendekkan cerita memang masin mulut dia ni. Lepas dua2 habis belajar kitorang pon disatukan. Dan perangai dia memang tak berubah weh. Masih macam jantan. Pening kepala aku nak layan. Nasib baik la dia ni pandai jugak buat kerja2 rumah. Elok la teratur rumah kitorang. Tapi satu pulak masalahnya bink aku ni. Semua benda dia nak buat. Bila aku lata semua tu memang betul2 semua. Korang bayangkanla. Aku balik keje bukak2 pintu rumah aku dengar bedentung dentang kat bilik air. Rupa2nya bini aku tengah alter kepala paip. Tambah paip bawah. Aku tegur la dia kenapa tak bagitau aku, biar aku yang buat. Dia kata alah benda kecik je ni. Setakat tambah paip senang punya keje. Masa dia mengandung anak first kitorang, ada satu hujung minggu tu aku dengan dia tengah lepak2 tengok tv. Tiba2 ada lori hon depan rumah. Rupa2nya bini aku singgah kedai hardware beli kayu. Nak buat baby crib sendiri katanya. Ape ke gila bini aku ni. Dengan perut memboyot tu dia nak bertukang. Memang aku tak bagi la kan. Tapi tu la perangai bini aku ni.
Aku rasa disebabkan dia membesar dalam rumah yang penuh lelaki dia jadi macam ni. Terlampau berdikari. Kadang2 tu aku rasa macam dia pulak take over tugas aku sebagai suami. Bukan aku tak tegur weh, tapi da ni memang tak makan saman. Alasan dia, dah terbiasa lepas tu alah bende kecik je. Boleh setel lah. Tapi alhamdulillah la, ganas2 dia pon dia tetap patuh dan hormat aku sebagai suami dia walaupon kadang2 tu gurau dia agak kasar sikit. Korang bayangkanlah, kalau bergurau tu tepuk tampar laki bini biasanya manja2 kan? Dengan dia tak weh. Memang dia hempuk aku betul2. Kudrat jin bini aku ni agaknya..hahaha..
Tapi tu semua tinggal kenangan sekarang. Tanggal 27 May 2016 ketika dia berumur 27 tahun, isteri yang amat aku sayang telah pergi mengadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Anak kami masa ni baru umur setahun 7 bulan. Belum mengerti apa2 lagi. Dah jadi anak yatim. Walaupon dekat mata orang lain dia kasar, selekeh, ganas tapi dekat mata aku dialah isteri paling sempurna. Takde cacat cela langsung. Dialah tempat aku mengadu, dialah tempat aku mencurah kasih. Tahun ni tahun kedua aku dengan anakku berpuasa tanpa dia. Dah tahun ni tarikh kematian dia jatuh pada 1 ramadhan. Terkesan betul aku dengan puasa tahun ni. Aku rindukan isteri aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Doakan isteri aku ditempatkan dalam kalangan orang beriman ye semua. Maaflah kalau confession ni bosan. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya.
Alfatihah untuk isteriku Nor Azlina bt. Sulaiman.
Terima kasih. Assalamualaikum.
Sumber : Ajib
0 comments:
Post a Comment