loading...

Wednesday, 31 May 2017

Aku Kerja Nurse.Baru Kahwin.Satu Malam Aku Terjaga Jam 3 Pagi.Rupa2nya Tindakan Tuan Rumah Sangat MENGEJUTKAN !!!

Aku Kerja Nurse.Baru Kahwin.Satu Malam Aku Terjaga Jam 3 Pagi.Rupa2nya Tindakan Tuan Rumah Sangat MENGEJUTKAN !!!  |Saya & suami baru mendirikan rumahtangga pada mei 2013.Selepas berkahwin kami bercadang untuk menyewa rumah.Niat dihati supaya mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang selama membesarkan kami.
TANPA berfikir panjang,suami terus mendapatkan bantuan rakan sekerja untuk mencari rumah sewa.Akhirnya kami telah pun mendapat sebuah pangsa 4tingkat(2bilik) yang terletak di Tg.Tokong,Pulau Pinang.

Apabila telah menghubungi “tuan rumah” berkenaan,kami terus membuat bayaran pendahuluan.Tuan rumah tersebut tinggal di Kuala Lumpur dan dia menggunakan rakan itu bagi urusan sewa rumah kami.

Semasa dalam perbualan itu tuan rumah ada memaklumkan bahawa sebelum kami tinggal di sini,sepasang suami isteri bekerja sebagai jururawat manakala sisuami berkhidmat sebgai tentera telah menyewa rumah ini dalam masa singkat(3bulan).Dia juga ada memberitahu rumah itu sudah mempunyai beberapa barangan keperluan seperti set meja makan,sofa kecil,mesin pencuci pakain dan rangka katil.

Sungguhpun begitu,kami bersetuju dan mendapatkan kunci rumah daripada rakan suami.
KISAHNYA bermula pada hari pertama kami melawat dan memasuki rumah itu.Alangkah terkejutnya apabila kami memasuki ruang rumah berkenaan,rumah tersebut amatlah kotor,hapak,dan kelihatan bersawang seperti telah lama ditinggalkan.Kata tuan rumah pasangan tersebut baru seminggu sahaja berpindah.Sungguh aneh dan pelik.

Tanpa berfikiran negatif,saya dan suami memulakan rutin mengemas rumah,dimulakan dengan bahagian dapur dan seterusnya ruang tamu.Selesai sahaja di ruang tamu,saya memasuki ruang bilik utama dimana mempunyai rangka katil dan almari pakaian.Saya mula menyapu dan bersawang di bawah katil tersebut.

Tiba-tiba sedang saya menyapu dibawah katil secara tidak sengaja saya terasa seperti tertarik sesuatu dan alanhkah terkejutnya saya menjumpai sebuah kotak kayu bersaiz sederhana kecil.Tanpa pengetahuan suami,saya telah membuka kotak kayu itu dan mendapati terdapat 5 naskhkah buku Surah Yasin dan seikat(bunjut) kecil kain kuning bersama buku Yasin.

Secara tidak sengaja,saya telah mengubah kotak kayu berkenaan dengan niat kitab suci perlu disimpan rapi.Saya telah meletaknya diatas almari dimana tempat asal dibawah rangka katil tadi.
Kejadian pertama mula menguasai kami di malam pertama kami tinggal di rumah itu.Tika jam menunjukkan 10malam,kami berdua melelapkan mata di ruang tamu sahaja memandangkan kami belum lagi mempunyai barangan perabot yang lengkap.Sedang kami nyenyak tidur,kedengaran bunyi kaca jatuh berderai.Lantas suami bangun dan membuka lampu.

Alangkah terkejutnya saya dan suami kaca yang jatuh itu merupakan cermin kecil yang terlekat di dinding dapur,dan yang anehnya cermin kaca tu hanya terbelah dua di tengah,dan bukan berkecai seperti sangkaan kami.Persoalannya disini cermin itu telah pon dilekat sebaik mungkin,bagaimana boleh jatuh,jatuh dalam keadaan terbelah dua??adakah itu satu amaran untuk kami.?
Kejadian kedua berlaku selepas 2 minggu kejadian cermin pecah dimana usai solat Isyak,kami melelapkan mata sehingga satu masa.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2pagi.Sedang saya tidur membelakangi suami,saya mengiring ke arah meja makan.Tiba-tiba saya terpandang suami sedang duduk di kerusi tersebut sambil memandang tepat ke arah saya.(tanpa lampu dibuka).

“ABANG buat apa tak lena lagi,?minum aiq ka?”

tanya saya yang sedang lali sambil mata masih berat untuk dibuka.SELEPAS tanya, ‘suami’ saya hanya mendiamkan diri lalu saya pusing seiring kearah tempat tidur suami dan alangkah terkejut saya yang suami sedang nyenyak tidur diulik mimpi.!Dengan 1001 soalan di dalam kepala saya terus menangis sambil menekup bantal dimuka.
“Kenapa menangis tengah malam ni?” sapa suami tiba-tiba terkejut dengan keadaan saya.Saya hanya mendiamkan diri sehingga subuh menjelang.

Siapakah yang merenung saya tengah malam itu?
Kejadian terakhir sepanjang kami tinggal disitu,apabila suatu pagi,kami sedang sarapan jam 8pagi.Tiba-tiba kami didatangi makcik(lingkungan 60an) dari jiran tingkat bawah(tingkat 1), yang sedang badmood dan meluru datang ke rumah kami.

“Ni hampa ni tak dak kerja ka malam-malam dok tolak kabinet,bising2 kat rumah ni??kami dok bawah hampa ni ganggu tau dak?”

Marah makcik tu kepada kami suami isteri.
“Bila kami tolak kabinet makcik,kami pon baru balik keja pagi ni”,balas suami.
Kami pun hairan juga ,dimana datangnya bunyi kabinet2 itu.
SELEPAS kejadian itu,saya menjadi pendiam dan jarang bergaul walaupun dengan ibu bapa,kemungkinan dari kejadian pelik yang sering berlaku.

“Mak rasa ampa ni ada benda tak kena,ampa ni tengah duk kat dalam rumah yang ‘panas’!”cakap ibu saya.

Kami masih tak faham.Selam sebulan kami menyewa disana,ibubapa saya tidak pernah datang ke rumah sewa saya.Ibu saya mengesyaki saya dan suami sesuatu.Ibu saya bercadang supaya menyuruh saya dan suami untuk berhenti menyewa dan keluar dari rumah berkenaan.Saya dan suami sekalipun tidak pernah bercerita masalah kami cuma mungkin naluri ibu itu kuat menyatakan hal ini semua terjadi disebabkan rumah yang kami sewa.

Setelah selesai pindah keluar,ibu mula menyoal kami segalanya dan kami menceritakan satu persatu hal yang terjadi.Ibu memberitahu kami bahawa rumah yang kami diami tersebut sebenarnya di ‘jaga’ oleh ‘penjaga’ Tuan Rumah,berkemungkinan hantu raya.Oleh yang demikian,”penjaga”itu berani menyerupai suami saya.Selepas menyerupai suami,’penjaga’ itu membuat selerak didalam rumah sebelum orang lain menyewa,sebab itu semasa pertama kali kami memasuki rumah itu,kami berasa seperti ramai yang menghuni rumah itu .

Tambahan pula semasa hendak mengemas rumah,saya telah mengubah kedudukan kotak kayu tersebut,kemungkinan kotak kayu itu telah dipagar sebelumnya.Apabila “tempat asal” penjaga tersebut diubah,maka amaran-amaran yang tidak diingini berlaku.Amaran pertama “penjaga”itu sudah memecahkan cermin,kedua menyerupai suami,dan yang ketiga,membuat gangguan jiran seperti buat bising walhal kami keluar bekerja.Nasihat ibu saya,jangan pernah sesekali mengubah kedudukan benda pelik dan aneh seperti kejadian kotak kayu dan jangan diami rumah yang telah siap barang perabot.

0 comments:

Post a Comment

loading...