loading...

Sunday, 28 May 2017

KISAH PEMUDA DERHAKA HIDANG DAGING KHINZIR BUAT IBU BERBUKA PUASA BILA IBU MENINGGAL LIHAT APA BERLAKU

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah di Masjid..Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2 semuasemoga ianya menjadi Tauladan pada kita.Insyallah,amin

Dikisahkan ada seorang pemuda yang telah insaf berjumpa dengan seorang Ustaz untuk memohon maaf atas segala kesalahannya yang lampau..Beliau dahulu semasa muda tergolong dalam kalangan muda mudi yang liar..

Ustaz itu berkata bertaubatlah,insyallah pasti Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah beliau lakukanTetapi beliau terus menangis dan mengatakan yang dosa beliau terlalu besarUstaz itu bertanya dosa apa yang telah dilakukannya..??Pemuda itu berkata dia berdosa pada Ibunya..Ibunya kini telah meninggal dunia..

Pada suatu petang dibulan Ramadhan Ibunya menyuruhnya membeli barang dapur untuk dimasak bagi hidangan berbuka puasa..Pemuda ini enggan kerana dia tidak berpuasa..dan memang sikapnya yang sering melawan cakap Ibu..Ibunya menyuruhnya lagi beberapa kali dan pemuda itu pun pergilah ke pasar dan pulang membawakan daging buat Ibunya..

Sampai sahaja dirumah,pemuda itu terus melemparkan daging itu pada IbunyaIbunya ambil,masak dan berbuka dengan daging tersebut

Kini Ibu saya dah tiada Ustaz..setiap petang Ramadhan saya akan menyesal dengan perbuatan saya ini Ustaz..Ustaz tahukah daging apa yang saya belikan pada Ibu saya..???Yang Ibu saya makan Ustaz???

SAYA BELI DAGING BABI UNTUK IBU SAYA USTAZIBU SAYA MAKAN DAGING BABI YANG SAYA BELI USTAZ!!

Pemuda ini sangat menyesal atas kesilapan yang telah beliau lakukan pada Ibunya itu..Nasihat Ustaz tersebut :

1.Bertaubatlah pada Allah,semoga Allah akan mengampunkan dosa dosa kamu..

2.Mendoakan keampunan dosa dosa Ibumu.

3.Menjelaskan hutang Ibumu jika ada.

4.Membayarkan zakat Ibumu jika masih tertunggak.

5.Mengqadakan puasa Ibumu.

6.Membayarkan fidyah puasa Ibumu.

7.Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.

8.Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.

9.Membuatkan haji untuknya

Insyallah,semoga Allah akan mengampunkan segala dosa dosa kamuAmin.

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : Amin..amin. .amin…

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?

Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin .Kemudian aku mengaminkannya.

Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin

SUMBER : malaysiakinii

Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan Amin.

(H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

0 comments:

Post a Comment

loading...